Selasa, 15 September 2009

NIZAR & ANWAR GAMPANG :PENGUNDI BARU PRU 13

Dalam PRU 12 buat pertama kali generasi yang lahir 1986 dan telah berpeluang mengundi buat pertama kalinya dalam hidup mereka dan untuk PRU 13 kumpulan yang lahir pada tahun 1990 pula akan menjadi penentu kepada corak pemerintahan negara.

Kefahaman mereka terhadap politik negara amat minima. Mereka generasi IT yang banyak di sogokkan oleh dakyah-dakyah politik pembangkang. Jati diri lemah, hidup dalam kemewahan. Tidak pernah rasa akan erti kesusahan dan kesengsaraan. Generasi Mc D, KPF, Yahooo dan lain lain ini sebenarnya yang telah banyak terpengaruh dengan cerita-cerita dari kitab-kitab Pasti, Alsodomy dan sebagainya.

Jika pemimpin hari ini gagal mengenal masalah dan penyakit ini, dan jika gagal memberi ubat yang betul maka negara akan hancur ditangan mereka.

Setakat ini apa yang TM alami sendiri sewaktu berbual dan berdialog dengan mereka , dapat dirumuskan bahawa generasi hari ini...zero tentang politik. Ertinya agenda Melayu tak ada pada mereka. Otak mereka sudah disumbat dengan agenda politik yang tidak berpenghujung oleh yang tidak arif berpolitik. Politik yang tidak menjamin ketuanan melayu.

Tak kenal maka tak cinta. Itu lah yang dapat digambarkan. Janganlah bila melihat pemimpin politik Umno yang berjaya , maka lahirlah perasaan hasad dengki. Mulalah cacian dan tohmahan direka oleh mereka yang berlidah seperti biawak.