Rabu, 9 September 2009

NIZAR PASBERG: ISU KUIL : ADA PRIMA FACIE ??

Hari ini mereka didakwa. Bagaimana kes-kes sebelumnya yang melibat kan pihak lain seperti GMI dan GMP. Berlaku adil lah sikit. Adakah prima faci kah? Mana peguam yang sudi membela mereka?

kemaskini 6.32pm Dua belas orang, yang menyertai protes mengarak kepala lembu di depan bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor di Shah Alam pada 28 Ogos lalu, dihadap ke mahkamah esok.

Mereka akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


Tak adillah satu pihak kena, pihak lain diam saja....



Sep 9, 09 9:52am
Dua belas orang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini berhubung insiden perarakan kepala lembu ketika mengadakan protes di sekretariat kerajan negeri (SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu.

Enam daripada mereka menghadapi dua tuduhan - menghasut dan menyertai perhimpunan haram.

Manakala enam lagi didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram.

Dua belas orang yang didakwa hari ini adalh adalah sebahagian daripada mereka yang menyertai protes tersebut kerana membantah keputusan kerajaan Selangor untuk memindahkan kuil berusia 150 tahun, dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

sebelum itu, kira-kira 20 penduduk datang ke Mahkamah Shah Alam pagi ini sebagai tanda sokongan kepada 12 orang yang akan didakwa berhubung isu perarakan kepala lembu membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23.

Mereka berhimpun di kaki lima, menunggu sesi mahkamah bermula.

Mereka memberitahu media "kami tidak bersalah" dan kami datang dengan satu hati".

Dua belas orang tersebut akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram,

Mereka diwakili oleh peguam Datuk Salehuddin Saidin dan Afifudin Ahmad Hafifi.

Terima kasih Datuk Salehuddin saidin dan Afifudin Ahmad. Harap ramai lagi tampil untuk membela mereka.

HIDUP GEMPITA