Ahad, 13 September 2009

Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya'

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN.

ULASAN TM,

SUDAH MENANG PEMILIHAN PRESIDEN TANPA BERTANDING CAKAP PUN TINGGILAH, TAHNIAH DATO PALLA...DAPAT MEMPERTAHANKAN KERUSI NOMBOR 2. TAPI SAMPAI BILA?

BETULKAH PENGUNDI MENYAMPAH DENGAN BN DAN BUKA DIA? KALAU BEGITU DIA MESTI MENANG DI KERUSI EMPUK DIA DI SUNGAI SIPUT. APA LAH DATUK SERI!!!!

ORANG INDIA MARAH BUKAN KERANA BN TETAPI MARAH KERANA DATUK SERI SUDAH LAMA SANGAT JADI PRESIDEN. ITU SEBAB MIC BERPECAH. INDIA BUKIT GANTANG PUN BERSUNGUT. DATUK SERI TARAK TURUN TENGOK MEREKA. BILA PRK 59 BARU MAHU JUMPA. BAYANGKAN TERDAPAT RAMAI PENGUNDI INDIA DI BUKIT GANTANG BUKAN AHLI MIC.

APA SUDAH JADI??ANGIN SUDAH MASUK. PAS SUDAH MASUK, DAP SUDAH MASUK. ANUAR SUDAH MASUK....BN PUN KALAH. KEKALAHAN BN DALAM PRK 59 KERANA INDIA TARAK SOKONG BN.

INI DATUK SERI KENA JAWAB. HARAP SEBELUM PEMILIHAN SATU KALI LAGI DATUK SERI KENA SERAH JAWATAN KEPADA 2ND MAN. APA MAHU TUNGGU LAGI. ? SUDAH 2 KALI PEMILIHAN DIA MENANG. TARAK PERCAYA LAGI KAH?
HARAP DATUK SERI TARIK BALIK CAKAP PENGUNDI MENYAMPAH DENGAN BN. TAPI DS. INI KENYATAAN DALAM MALAYSIA KINI. SUKA PUTAR JUGA. ADA BETUL KAH DS CAKAP ITU MACAM?