Khamis, 1 Oktober 2009

Islam Liberal : Pengaruh 'belajar Islam’ dari orientalis (II)

Menurut Adian Husaini kemunculan Islam Liberal adalah tranformasi serangan minda dari kaum orientalis dan Kristian rentetan dari sejarah panjang Perang Salib.

Menurut Peter Venerabilis, seorang pendakwah Kristian yang menjadi pengkaji Islam merumuskan cara menakluk dunia dan umat Islam bukan lagi dengan senjata, kekuatan dan kebencian tetapi dengan kata-kata, fikiran dan cinta.


"But I attack you not, as some of us [Christians] often do, by arms, but by words; not by force, but by reason; not in hatred, but in love…"

Diterjemah kan semula tulisan Adian Husaini dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu seperti berikut

Sejak Perang Salib, sebahagian tokoh Kristian telah menilai bahawa Perang Salib merupakan cara yang tidak tepat untuk menakluk kaum Muslim. Salah satu tokoh terkenal adalah Peter The Venerable atau Petrus Venerabilis (1094-1156M).

Peter adalah tokoh misionari Kristian pertama yang merancang bagaimana menakluk umat Islam dengan pemikirannya, dan bukannya dengan senjata. Ketika itu, dia merupakan ketua Biara Cluny, Perancis – sebuah gereja yang sangat berpengaruh di Eropah pada Abad Pertengahan.

Sekitar tahun 1141-1142, Peter mengunjungi Toledo, Spanyol. [Toledo, Andalusia, Sepanyol merupakan bekas negara Islam yang telah pupus kerana serangan Kristian]


Di situ dia menghimpun kan beberapa orang cendekiawan untuk menterjemahkan karya-karya Muslim ke dalam bahasa Latin. Terjemahan itu akan digunakan sebagai bahan untuk misionari Kristian terhadap dunia Islam.

Salah satu usaha Peter yang berjaya adalah terjemahan Al-Qur'an ke dalam bahasa Latin oleh Robert of Ketton (selesai pada tahun 1143), yang diberi judul “Liber Legis Saracenorum quem Alcorant Vocant” (Kitab Hukum Islam yang disebut Al-Qur'an ).

Inilah terjemahan pertama al-Quran dalam bahasa Latin, yang selama beratus-ratus tahun menjadi rujukan kaum Kristian di Eropah untuk 'melihat Islam'. Kemudian pada tahun 1698, Ludovico Maracci, melakukan kritikan terhadap terjemahan Robert of Ketton dan diterjemahkan Al-Qur'an sekali lagi (ke dalam bahasa Latin) bertajuk “Alcorani Textus Receptus”(Teks Al-Qur'an yang Universal)

Menurut Peter Venerabilis, pengkaji Islam (Islamic Studies) perlu dilakukan oleh kaum Kristian, agar mereka dapat “membaptis (mensuci) pemikiran kaum Muslimin”.

Jadi, kaum Muslim bukan saja perlu dikalahkan dengan kekuatan ketenteraan, tetapi juga harus dikalahkan dalam pemikiran. Di tengah berkecamuknya Perang Salib, Peter membuat pernyataan berikut : “… aku menyerangmu (umat Islam), bukan sebagaimana sebahagian dari kami [orang-orang Kristian] sering lakukan iaitu dengan senjata, tetapi dengan kata-kata, bukan dengan kekuatan, namun dengan fikiran; bukan dengan kebencian, namun dengan cinta…”

Petrus Venerabilis mengajak orang Islam ke jalan keselamatan Kristian dengan cara mengalahkan pemikiran Islam. Ia bertitik tolak dari kepercayaan Kristian bahawa di luar Gereja tidak ada keselamatan (extra ecclesiam nulla salus).

Islam, menurutnya, adalah mazhab kafir terkutuk sekaligus merbahaya (execrable and noxious heresy), doktrin merbahaya (pestilential doctrine), ingkar (impious) dan mazhab terlaknat (a damnable sect); dan Muhammad adalah orang jahat (an evil man).

Selain menugaskan para sarjana Kristian menterjemahkan naskah-naskah bahasa Arab ke dalam bahasa Latin, Peter juga menulis dua buku yang menyerang pemikiran Islam. Tentang Al-Qur'an Peter menyatakan, "bahawa Al-Quran tidak terlepas dari para syaitan.


Syaitan telah mempersiapkan Muhammad, orang yang paling nista, menjadi anti-Kristus. Syaitan telah mengirim maklumat kepada Muhammad, yang memiliki kitab syaitan (diabolical scripture)". (Kajian serius tentang Peter Venerabilis ini boleh dibaca dalam buku Adnin Armas, "Metodologi Bibel dalam Studi Al-Qur'an", Jakarta: GIP, 2005).

Strategi Peter Venerabilis ini kemudian menjadi rujukan kaum misionari Kristian terhadap kaum Muslimin. Henry Martyn, tokoh misionari berikutnya, juga telah membuat pernyataan, “Aku datang untuk menemui umat Islam, tidak dengan senjata tapi dengan kata-kata, tidak dengan kekuatan tapi dengan logika, tidak dalam benci tapi dalam cinta.”

Hal ini senada dengan tokoh misionaris lain, Raymond Lull, “Saya melihat banyak pahlawan pergi ke Tanah Suci, dan berfikir bahawa mereka dapat menguasainya dengan kekuatan senjata, tetapi pada akhirnya semua hancur sebelum mereka mencapai apa yang mereka fikir boleh diperolehi.”

Lull menegaskan: "Islam tidak dapat ditaklukkan dengan darah dan air mata, tetapi dengan cinta kasih dan doa"

Ungkapan Lull dan Martyn itu ditulis oleh Samuel M Zwemmer, misionaris Kristian terkenal di Timur Tengah, dalam buku "Islam: A Challenge to Faith" (1907).


Buku ini mengandungi rahsia untuk “menakluk” dunia Islam yang disebut Zwemmer sebagai “beberapa kajian tentang keperluan di dunia para pengikut Muhammad dari pandangan misi Kristian”.

Strategi penaklukan Islam melalui pemikiran ini kemudian dikembangkan oleh para orientalis Barat. Sebahagian dari mereka memang membawa semangat lama kaum misionaris, sebahagian lagi melakukannya untuk kepentingan penjajahan (kolonialisme) dan sebahagian yang lain hanya bermotifkan kajian ilmiah semata-mata.

Kini, setelah beratus-ratus tahun, kaum Orientalis telah berjaya mencapai kejayaan besar dalam bidang studi Islam. Bukan saja mereka berhasil mendirikan pusat-pusat studi Islam di Barat dan menerbitkan ribuan buku tentang Islam, tetapi mereka juga berhasil menghimpun karya-karya Islam dalam jumlah yang sangat besar.

Selain itu, kerja keras mereka kemudian membuahkan hasil yang lebih mengagumkan, iaitu terciptanya kader-kader cendekiawan dan pemikir dari kalangan Muslim, yang tekun sekali untuk membongkar semula serta menyerang bangunan pemikiran Islam dan umat Islam.

Apalagi, dengan cara itu, kader-kader Muslim itu juga mendapat berbagai-bagai keuntungan duniawi: populariti dan pelbagai kenikmatan hidup duniawi.

Dulu, pada zaman penjajahan perang, para orientalis pengkaji Islam dari kalangan misionaris menjadikan semangat penjajahan dengan semboyan ‘Gold, Gospel, dan Glory’ (Emas, Kristianisasi dan Kekuatan). Mereka mengkaji masalah dunia Timur, khususnya Islam, bukan dalam ruang yang kosong (ilmiah), tetapi menjadi sebahagian dari projek untuk menakluk Islam dan dunia Islam.

Kini, pada zaman moden, Orientalisme juga tidak terlepas dari kepentingan Barat dalam mengukuhkan hegemoninya. Para akademis muslim seharusnya sedar tentang hal ini. Jika mereka menerima “cinta kasih” dari Barat yang berupa bantuan biasiswa untuk meneliti Islam, mereka seharusnya sedar, siapakah mereka, dan siapakah yang membantu mereka. Untuk apakah semua bantuan itu diberikan? Sama seperti halnya dengan hutang luar negara yang dipinjamkan kepada negara-negara sedang membangun.

Apakah semua hutang itu diberikan secara murah hati dan merupakan program amal semata-mata? Sudah tentu tidak. Semua itu ada tujuannya. Ini bukan bersikap prejudis membabi buta dan menolak apa pun yang datang dari Barat.

Kerana harus diakui, banyak perkara ketika ini harus dipelajari dari Barat, termasuk beberapa bahagian dalam studi Islam. Tetapi, semua itu perlu dilakukan dengan hati-hati dan sikap kritis.

Para akademis Muslim yang tidak berhati-hati dan tidak memiliki ilmu yang mencukupi, akan terjerumus dalam perangkap untuk memecah belah umat Islam, mengkritik kelompok Islam tertentu yang tidak mahu mengikuti pola pemikiran sekular-liberal Barat.

Kelompok-kelompok yang ingin bertahan dengan identiti dan pandangan hidup Islam, dilabel dengan istilah-istilah yang negatif seperti “radikal”, “fundamentalis”, “militan”, “eksklusif”(hanya satu agama benar), “literalis"(makna selapis/berfikiran sempit), dan sebagainya.


Tulisan Adian Husaini,