Bekas ahli SNAP sebelum masuk PKR |
Dari blog Flying Kick |
Surat Faekah |
SHAH ALAM 26 Sept2011 . - Pejabat Urusetia Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jeram dekat di sini terpaksa ditutup kepada orang ramai setelah mendapat notis penyitaan daripada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada Rabu lalu.
Premis yang beralamat di No. G11, Kompleks Bazar Sungai Buloh itu menempatkan pejabat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuala Selangor dan juga Urusetia Penyelaras N12 DUN Jeram.
Premis tersebut telah diwujudkan sebagai pejabat parti itu oleh bekas Penyelaras N12 DUN Jeram, Prof. Datuk Seri Dr. Razali Bolhi sejak September 2008 dan diteruskan oleh ahli jawatankuasa yang ada sekarang.
Kawasan DUN Jeram terletak di bawah Cabang PKR Kuala Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan terdapat sejumlah 2,170 ahli melibatkan 19 ranting.
Menurut Razali, sebelum ini pihaknya mengambil inisiatif membuka pejabat tersebut bersebelahan klinik homeopati miliknya ketika memegang jawatan penyelaras PKR DUN Jeram selain menempatkan pejabat AMK Kuala Selangor.
Katanya, sejak beroperasi pada September 2008, kos penyelenggaraan dan sewaan telah ditanggungnya sendiri tanpa bantuan dana parti sehingga beliau tidak lagi menjadi penyelaras DUN itu.
Tambahnya, beliau tidak lagi menjadi penyelaras kerana telah dilantik menjadi Setiausaha Eksekutif Menteri Besar yang kontraknya tamat pada Jun lalu.
''Operasi klinik itu saya hentikan memandangkan kontrak saya dengan Menteri Besar adalah sepenuh masa dan saya telah serahkan pejabat itu kepada ahli jawatankuasa baru dengan perbelanjaan kos bagi sewaan bangunan terus saya bayarkan.
''Namun, sejak enam bulan lalu saya tidak dapat lagi membayar sewa premis itu dan saya tidak salahkan sesiapa, cuma ingin menyatakan sekarang saya sudah tidak mampu lagi menanggung kos tersebut dan keputusan diambil untuk menutup pejabat tersebut dengan serta-merta," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Razali, semalam satu mesyuarat urus setia penyelaras PKR N12 DUN Jeram telah diadakan yang dipengerusikan oleh Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Selangor, Yaakob Mohamad bersama enam ketua ranting dan memaklumkan bahawa notis penyitaan pejabat oleh MDKS berkuatkuasa 21 September lalu.
''MDKS telah memberikan tempoh selama tujuh hari untuk menyelesaikan tunggakan sewa berjumlah RM2,000 dan juga bil elektrik sebanyak RM600.
''Setelah memutuskan pejabat tersebut ditutup, saya akan berurusan dengan MDKS bagi membayar tunggakan sewa premis berkenaan secara ansuran," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha MDKS, Azahari Sairin ketika dihubungi berkata, notis tersebut bukan bermakna premis tersebut disita sebaliknya sebagai satu bentuk pemberitahuan supaya tunggakan penyewaan dapat diselesaikan.
''Premis tersebut diletakkan di bawah nama Razali yang sebelum itu merupakan sebuah klinik homeopati miliknya," katanya.
TM_NOTE:
Dato Seri Prof Dr Razali Bolhi ini adalah orang Sarawak yang pernah bertanding dalam PRN Sarawak 2006 mewakili SNAP dan kalah kepada calon BN dari parti PBB.
Beliau kemudian menyertai Pkr pada 2008 dan menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor Tan Seri Khalid Ibrahim.
Pernah di tahan di bawah akta ISA dalam Ops Lalang 1987 selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting ( KEMTA).
Beliau mempunyai sebuah klinik perubatan homeopathy di Sg Buloh dan menjadi kutukan pecacai Pas dan Pkr tambahan pula bila ada angin-angin beliau akan menyertai Umno.
Isu penyitaan pejabat Pkr tersebut mungkin satu strategi yang dilakukan oleh Faekah untuk membunuh karier politik Dr Razali di Selangor