Khamis, 19 April 2012

54 tahun tak pernah rasa air paip

Isu air paip
Kg Kelicap Sanggerang Johor

Senggarang Johor
YB Jaafar Hashim


Pas mendakwa ini kawasan kuat mereka
TAK PERNAH RASA AIR PAIP SEJAK MERDEKA itu lah tajuk dari petikan akhbar yang disiarkan dalam facebook puak-puak pembangkang. Akhbar yang menyiarkan berita ini tidak pula dinyatakan..

Menurut berita tersebut 7 keluarga dari Kampung Bukit Kelicap Senggarang Johor tidak pernah merasa air paip sejak merdeka 1957.

Berita ini agak kurang tepat kerana bekalan air paip dan elektrik hanya terdapat di kawasan bandar sahaja ketika itu.

Usaha kerajaan untuk membekalkan air bersih dan elektrik bermula dalam pertengahan tahun 60 an dan hingga 80an. Namun usaha menyediakan kemudahan asas ini bergantung kepada kawasan atau lokaliti.

Jika 7 keluarga itu tinggal di kawasan pedalaman yang jauh dari jalan raya  dan perbandaran memang sukar untuk kerajaan membawa masuk ke dalam kawasan mereka.

Rungutan penduduk kadang kala tidak berasas, contohnya ada sekumpulan penduduk dalam jumlah yang kecil meneroka kawasan hutan dan membuat penempatan mereka untuk berladang dan sebagainya. Tiba-tiba selepas puluhan tahun mereka merugut kononnya 50 tahun tak ada api, elektrik, jalan dan sebagainya.

Persoalan ini tidak timbul di kalangan petani kaum lain, mereka tahu bahawa mereka tinggal jauh di dalam hutan dan mereka berusaha sendiri untuk mendapatkan sumber air bersih dan menjana elektrik sendiri. Orang melayu pula hari ini terlalu manja. bumbung rumah bocor pun mengadu kepada wakil rakyat.

Oleh itu TM berharap Adun Senggarang YB Jaafar Hashim dapat melihat dan menjawab isu ini.