Makin lama di singgahsana semakin hancur, makin lama makin dibenci orang. Itulah yang dapat digambarkan keadaan PKR hari ini. Yang Berhormat PKR hari ini sudah digelar sebagai YB penipu dan YB kencing rakyat.
Baru timbul isu YB Badrul Hisham Dun Pelabuhan Kelang yang didesak supaya letak jawatan, timbul pula isu percakaran Zaib Ibrahim dengan Azmin Ali. YAB Khalid terus gagap. Kelemahan dan lentoq kepada wanita menyebabkan Teresa Kok, Elizabeth Wong telah menjadikan YB PKR sebagai kuda tunggangan di Selangor. Opps YB Badrul Amin pun dah mula memberontak kerana tak ada geran untuk membantu rakyat. Semua kena guna wang sendiri.
Mana pergi wang kerajaan negeri. Dengar kabor lah. semua urusan kewangan negeri di pegang oleh Dap. Pkr dan Pas hanya lihat sajakah? tak berani nak bersuara. Sampaikan wang zakat pun nak di cilok depa.
Banyak Ngo dan kelab-kelab sukan yang sebelum ini sudah dijanjikan dana untuk membantu badan mereka bergerak dan menjalankan aktiviti hari ini gigit jari.. sekupang pun wang tak sampai. Sebab itulah YB Pkr digelar sebagai YB penipu dan kencing rakyat.
Anwar hari ini gila bercakap diluar negara pula. Nik Nazmi Nik Ahamad pun ikut jejak dia juga, sama-sama kaki kelentong. Nik Nazmi lah merupakan YB yang mendakwa kuil hindu di SS19 berusia 150 tahun...bengap sungguh S/U Khalid Ibrahim ini.
TM yakin ada diantara mereka yang songlap wang kerajaan. Mereka tahu, mereka tak lama memerintah negeri Selangor , oleh itu sebelum PRU 13 mereka mesti penuhkan poket mereka dahulu, Anda tak percaya? Lihatlah orang Pkr yang telah kaya raya sekarang .mana datang duit? Nak kaya pun kaya lah. tapi biarlah betul..jangan tipu orang.