Khamis, 15 Oktober 2009

PAU YANG AMAT BERSEJARAH DALAM UMNO

Persidangan Umno kali ini merupakan satu catatan sejarah yang amat penting dalam Umno dan negara.

Ia satu sejarah kerana ia persidangan kali pertama sebagai orang nombor 1 dalam Umno bagi Najib, Shahrizat, KJ dan Rosnah. Menjadi sejarah juga apabila pembentangan Hishamudin tentang pindaan perlembagaan mendapat sokongan semua perwakilan.

Sudah tentu ia memberi satu impak dan perubahan besar dalam Umno. Paling menarik ialah mengenai yuran seumur hidup bernilai RM2. Maka selepas ini tidak ada lagi ahli Umno yang dihalang hadir ke persidangan cawangan kerana alasan tidak membayar yuran.

Perubahan dalam keahlian juga memberi peluang kepada cerdik pandai untuk memberi sumbagan dan idea dalam Umno.

Perkara menarika ialah mengenai pemilihan wakil rakyat. TM amat bersetuju, bahawa ketua bahagian bukan lah calon mutlak untuk dipilih menjadi wakil rakyat seperti Adun atau MP.
Baru-baru ini mengenai calon N31 TM telah menulias bagaimana Ketua Menteri Sarawak memilih calon. Jika ini dilakukan oleh Umno bererti akan maju setapak lagi dan berani berubah.

Datuk Shaziman yang TM temui di N31 amat bersetuju dengan sistem ini. Setiap ahli Umno dalam bahagian boleh dipilih menjadi calon sekiranya mereka layak. Hari ini untuk menjadi wakil rakyat, jawatan Ketua Bahagian , Timbalan dan Naib menjadi prioriti dan keutamaan. Ada juga calon dari jawatan Ketua penerangan, setiausaha dan Ketua Pemuda dipilih. tetapi bukan top ten atau top three.

Ini memberi peluang cerdik pandai Melayu yang bukan ahli Umno yang aktif dipilih menjadi wakil rakyat. Hari ini mereka yang menumpukan kepada kerjaya mereka sering dilupakan dan suara mereka juga tidak didengar oleh peringkat bahagian. Ini lah yang menyebabkan golongan ini mudah ditarik oleh pihak pembangkang.

Oleh itu perebutan dalam pemilihan Umno peringkat bahagian tidak lagi menjadi sengit dan tidak akan wujud lagi istilah politik wang dimana wang digunakan dalam proses kempen, jamuan , penerangan dan lain-lain .

Inilah yang berlaku kepada TS Isa Samad dimana beliau telah digantung selama beberapa tahun oleh lembaga disiplin Umno. Ramai orang Pas menuduh TSIS adalah calon rasuah. Itu adalah satu tuduhan yang berat. Husam Musa yang bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan Pas pun membelanjakan wang yang besar dalam proses kempen dan perjumpaan dengan akar umbi.

Semoga selepas PAU ini ahli-ahli akan balik dengan semangat baru dan juga menggerakkan jentera PRU 13 segera tanpa menunggu parlimen dibubarkan.

Sekian.