KENYATAAN AL-NIDAA’
MENGENAI TINDAKAN JAIS TERHADAP USTAZ DR. ABDULLAH YASIN
Pada kira-kira jam 4.30 petang, Isnin 24 April 2006, Ustaz Dr. Abdullah Yasin, Pengerusi Al-Nidaa', telah didatangi oleh kira-kira 20 orang kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika beliau sedang memberi kuliah di sebuah dewan kecil di Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor. Beliau kemudian di bawa ke Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya. Di situ beliau diarahkan menghadirkan diri di pejabat JAIS Shah Alam pada jam 9.00 pagi keesokan harinya.
Di pejabat JAIS Shah Alam pada 25 April 2006 jam 9.00 pagi, Ustaz Dr Abdullah Yasin telah menghadirkan diri seperti yang diarahkan bersama 4 orang muslimat yang menghadiri kuliah berkenaan untuk direkodkan kenyataan mereka oleh pihak JAIS. Mereka juga diiringi oleh beberapa orang murid Ustaz Dr. Abdullah Yasin.
Sewaktu soal siasat, Ustaz Dr. Abdullah Yasin telah menyatakan bahawa atas nasihat peguamnya beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan dan bersedia di bawa ke mahkamah. Seterusnya Ustaz Dr. Abdullah Yasin telah dikenakan bon jaminan dengan seorang penjamin dan beliau dikehendaki hadir pada jam 9.00 pagi 10 Ogos 2006 di Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Petaling Jaya, Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor untuk dibacakan tuduhan.
Ustaz Dr. Abdullah Yasin bebas dan berdakwah seperti biasa.
Semoga Allah (S.W.T) akan memudahkan segala urusan bagi Ustaz Dr. Abdullah Yasin yang telah lama mengajak ummah beramar ma'ruf nahi munkar berasaskan Al-Qur'an dan Al-Sunnah seperti yang difahami dan diamalkan oleh para salafussoleh, ami