Datin Seri Rosmah Mansor telah memulangkan sebuah kotak yang ditemui dalam yacth di Selatan Perancis ketika bercuti kepada pemiliknya Putera Saud Al Saud. Sebagai hadiah, putera tersebut telah memberikan ganjaran bernilai RM 6.8 juta kepada DS Rosmah Mansor. Kaya lah Datin Seri.....boleh beli kereta sport baru...kalau TM lah. Tetapi tidak kepada DS Rosmah Mansor.
Wang ganjaran diberikan kepada persatuan-persatuan amal kebajikan. Ini amat menarik. Jarang kita dengar kisah begini dalam dunia moden. Semua nak duit dan masuk kantung sendiri. Kisah DS Rosmah Mansor wajar dijadikan teladan oleh Husam Musa. yang ketar kepala nak terima duit royalti minyak.
RM7 juta hargai kejujuran Rosmah
PUTRAJAYA - Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.
Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta (RM7 juta) untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.
Semalam, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.
Katanya, US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.
Ketika menceritakan pertemuan kotak itu, Rosmah berkata: "Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang beri kepada Putera Saud Al-Saud, dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kerana memulangkan kotak yang tercicir itu."- Bernama