Selasa, 1 Disember 2009

AGENDA NGEH DAN NGA MEMPERBODOHKAN PAS PERAK


TM berasa amat sedih dan terkilan dengan sekelompok bekas JKKPN ( Pakatan Rakyat) yang rata-ratanya dari kelompok PAS. ( Kelompok Dap tak kelihatan pun). Hari ini mereka menyaman kerajaan Perak kerana mengabaikan mereka dalam urusan dan pentadbiran kampung.

Kerajaan BN telah menggunakan JKKP yang telah dilantik oleh kerajaan persekutuan sewaktu Perak diperintah oleh pembangkang.

Ngeh dan Nga pada awal bulan Ogos lalu telah pun menyuarakan hasrat untuk menyaman kerajaan negeri Perak mengenai isu ini. Adesssss....guna otak lah wahai Pas Perak...janganlah kemaruk kuasa. dulu sewaktu Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Perak , secara gentleman JKKP yang rata-ratanya dari BN telah dengan rela hati melepaskan jawatan. Walaupun Nizar cuba mengekalkan JKKK yang ada supaya menyokong kerajaan baru. Bagaimanapun semua JKKK lama sebulat suara menolak pelawaan Nizar dan melepaskan jawatan masing-masing.

Perkara yang kecil begini pun telah dijadikan satu isu besar oleh Ngeh dan Nga untuk tujuan politik semata-mata. Nasihat TM agar semua orang Pas Peraka supaya berfikir secara rasional dan reda akan apa yang berlaku tentang peralihan kuasa di Perak.-TM