Selasa, 1 Disember 2009

ANWAR GAGAL LAGI- SEMAKIN DEKAT DAH UNTUK KE SG. BULUH


KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah menetapkan perbicaraan kes liwat Anwar selama sebulan mulai 25 Januari tahun depan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh itu setelah menolak permohonan Anwar dengan alasan laporan perubatan dalam kes itu tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah membatalkan pertuduhan - Utusan


Minggu lalu Anwar menang kes saman 100 ribu daripada 100 juta, lalu tersengih suka macam siput sedut. keadilan telah terbukti katanya. Hari ini pula bagaimana Anwar nak komen tentang keputusan mahkamah? Mesti dia akan cakap Umno mempengaruhi mahkamah. huak hua hua!!! Anwar semakin dekat, semakin hampir untuk dipenjarakan sekali lagi..-TM