Jumaat, 11 Disember 2009

JANGAN SENTUH KAUM INDIA!!!

Artikel dari ruangan cuit Utusan Malaysia 09 dec 2009 berjudul Alkisah India di India dan India di Malaysia tulisan Zaini Hassan telah menerima padah kerana Ketua Biro Integrasi Kaum India MT.Padmanathan (Ketua Pemuda MIC Bahagian Pandan) telah merasakan amat sedih dan terkilan dengan tulisan tersebut lalu membuat laporan polis.

Seorang aktivis Angkatan Muda PKR cabang Batu, V Ravindran, turut membuat aduan berhubung isu tersebut di balai berkenaan bersama Padmanathan dan empat lagi rakannya kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Ahli parlimen DAP bagi Teluk Intan, M Manogaran (di tengah-tengah) juga hadir memberikan sokongan.

Dalam hal ini MIC tidak berseorang kerana beliau di sokong oleh Dap dan juga Pkr. (lihat atas) MT Padmanathan sebagai ahli komponen BN patut membuat laporan polis terhadap Naib Pengerusi Dap M. Kulasegaran kerana mempersoalkan perihal ketuanan Melayu. Padmanathan tidak perlu melihat warna kulit dalam soal ini. Adakah kerana M.Kulasegaran juga dari kaum India maka ia tak perlu ditentang, biarkan dia terus menghina Melayu dan Ketuanan Melayu.

Rumusan yang boleh dibuat disini ialah kaum lain boleh mempersoalkan hak ketuanan Melayu, boleh menghina Melayu, tetapi Melayu tidak boleh usik sedikitpun isu kaum mereka ini.