Hari ini seorang journalist veteran Australia Barry Wain bekas Asian Wall Street Journal managing editor pula menyerang Tun Mahathir dengan penulisan bukunya berjudul 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times'.
Nampaknya selagi Tun masih berbisa dan masin mulutnya selagi itulah beliau dibenci oleh media barat, terutama sekali penyangak mata wang iaitu George Soros yang telah kerugian berbillion dollar kerana kebijaksaan Tun Mahathir mengikat nilai ringgit kepada RM3.80
Bukan sahaja Soros yang sakit hati dengan Tun Mahathir bahkan manusia durjana yang dianggap hero oleh sebahagian Melayu juga sampai sekarang dendam tak habis. Siapa lagi kalau bukan orang kuat IMF dari Malaysia.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mempunyai hak untuk menyaman dua individu dan sebuah portal berita kerana menuduhnya membazirkan RM100 bilion bagi projek-projek mega sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kata Tun lagi, ia bergantung kepada keputusan suruhanjaya diraja yang dicadangkan pemimpin DAP Lim Kit Siang, bagi menyiasat sama ada beliau telah membelanjakan wang tersebut bagi projek-projek mega dan amalan rasuah sepanjang tempoh itu.
Tun juga mengalu-alukan cadangan Lim Kit Siang semalam, yang menggesa kerajaan untuk mewujudkan suruhanjaya diraja sama ada beliau ada membazirkan sejumlah wang berkenaan.Tun Dr. Mahathir diminta disiasat atas tuduhan penyelewengannya selama 22 tahun memerintah. Tuduhan mengenainya mula kedengaran di Singapura dan ramailah pembangkang kerajaan bersuara mendesak siasatan. Tun Dr. Mahathir bersedia dan meminta Tun Abdullah juga disiasat sama. (Blog Che Det) Tun Dr. Mahathir tunjuk berani untuk disiasat kerana rasa tidak bersalah. Kita siasat juga Tun Abdullah, DS Anwar Ibrahim dan semua pemimpin pembangkang juga kerana mereka juga bukan sangat bersih. Apakah mereka berani? Isu ini bagi sesetengah pihak dikaitkan dengan agenda KJ. Kita siasat juga KJ, calon Ketua Pemuda yang didapati bersalah tetapi tidak diambil tindakan dan tidak dihukum-Braveheart.Kita tunggu apakah senario seterusnya dengan isu ini.