Kerajaan BN dibawah kepimpinan DS Najib akan mewujudkan klinik 1Malaysia di kawasan bandar bagi menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk terutamanya golongan kurang berkemampuan.
Kesemua 50 klinik ini dijangka beroperasi awal tahun depan itu akan oleh dikendalikan penolong pegawai perubatan dan jururawat terlatih yang berpengalama lebih dari 6 tahun.
Klinik ini akan beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Nampaknya klinik-klinik swasta sudah rasa kurang senang dengan idea DS Najib. Mereka takut dengan wujudnya klinik 1Malaysia, akan menjejaskan pendapatan mereka.
Mereka juga mulalah membuka akta kedoktoran kononnya hanya pegawai perubatan sahaja layak merawat dan memberi ubat-ubatan. Pulak dah...
TM biasa juga ke klinik swasta pada waktu malam tetapi bukan doktor yang bertugas sebaliknya MA dari hospital kerajaan yang membuat kerja sambilan di klinik mereka. Kenapa boleh pula?
Kepada doktor-doktor swasta yang membuka klinik sendiri janganlah risau dan susah hati kerana klinik 1 Malaysia disasarkan kepada warga bandar yang berpendapatan rendah. Kepada yang kaya dan mewah merekapun tak akan ke klinik tersebut. Mereka akan mencari klinik-klinik swasta kerana cepat dan pantas.
Apakah agenda sebenar doktor-doktor diklinik swasta yang membantah kewujudan klinik satu Malaysia? Kenapa mereka tidak membantah kepada hospital swasta yang beroperasi 24 jam. Adakah doktor juga terpengaruh dengan agenda politik pembangkang?