Sabtu, 19 Disember 2009

JOM SERTAI PERKASA

TM mula mengenali PERKASA sejak memasuki dunia blog. Ramai rakan-rakan TM sudahpun menyertai pertubuhan NGO ini. YB Dato Hj Ibrahim Ali Ahli Parlimen Pasir Mas ketika ini adalah Presidennya . Mulai hari ini Perkasa bergerak ke Utara dan hari ini pasukan Perkasa berada di Sri Iskandar Perak dan akan terus ke Pulau Pinang, Kedah , Perlis dan seterusnya ke Pantai Timur dan Selatan Semenanjung.

Perkasa juga baru sahaja mengadakan program pelancaran sayapnya ke Sabah dan Sarawak. Pertubuhan ini telah mendapat sambutan dari perbagai kaum peribumi tanpa mengira batasan budaya dan agama. Di Sarawak ia telah dipimpin oleh seorang bekas pastur dan ia diharapkan dapat menarik lebih ramai kaum peribumi di Kepulauan ke empat terbesar di dunia.

Buat masa ini badan NGO ini digerakkan oleh golongan veteran dan adalah menjadi harapan agar setiap anak muda peribumi dan melayu dalam memberikan sumbangan khidmat bakti dalam badan ini, agar kita lebih bersemangat patriotik dan mempunyai jati diri yang kuat demi melihat anak bangsa berjaya dan mengekalkan kedaulatan tanah melayu.