Sabtu, 19 Disember 2009

KU CARI DAMAI DI HATI

Mengikut teori Maslow manusia mempunyai pelbagai-bagai keinginan sejak dilahirkan ke muka bumi. Bayi yang kecil menyuarakan kehendaknya dengan tangisan. Ibu apa menunaikan segala tuntutan anak kecilnya dengan hanya satu tangisan. Semakin dewasa semakin tinggi keinginan dan turut sama bersama jiwa dan naluri manusia ialah nafsu.

Guru berkata, wanita nafsunya sembilan dan akalnya satu dan lelaki adalah sebaliknya. Pangkat, kedudukan dan penghormatan adalah yang paling puncak dalam piramid Maslow.

Contohnya, jika dahulu seorang anak pengemis yang hidupnya mengutip makanan dalam tong sampah dan hari ini seorang usahawan sampah yang mempunyai 100 buah lori pengangkut sampah dan hidupnya hari ini teramat mewah, juga tidak lepas dari keinginan untuk menjadi manusia yang disanjung, dihargai dan dihormati. Mungkin tergerak hatinya untuk bergelar Dato Seri suatu hari nanti.

Ini lah manusia yang digambarkan oleh Maslow dan tidak hairanlah jika enjin kapal terbang boleh hilang dari simpanan. Semunya kerana keinginan untuk hidup mewah. Beberapa bulan yang lalu kita dikejutkan dengan kisah seorang ahli perniagaan Amerika keturunan India dituduh menipu dalam perniagaannya. Ramai lagi kes-kes penyelewengan yang telah didedahkan oleh media letronik yang membawa kepada penangkapan dan pendakwaan.

Hari ini ia juga berlaku di negara kita dan segala penyelewangan tidak dapat ditutup.
Pepatah Melayu menyatakan hanya mulut tempayan saja dapat ditutup
Oleh itu berhati-hati lah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Jangan ada kesilapan dan yang penting ialah nawaitu kena ikhlas.