Sabtu, 19 Disember 2009

KEDATANGAN AHLI PARLIMEN BN DI DEWAN RAKYAT YANG KURANG MEMUASKAN

Seorang penunggu Dewan Rakyat telah menceritakan bahawa ramai wakil BN yang masih kurang faham akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam dewan. Mereka masih berasa selesa dan masing bergantung harapan kepada orang lain.
"aku tak hadir tak apa, ada ramai lagi boleh undi"
Situasi yang mencemaskan ini boleh menyebabkan sebuah kerajaan boleh tumbang kepada angka-angka undian dalam dewan. MP kena fahamlah kemenangan mudah simple majority bukan boleh main-main seperti PRU 11 di mana BN menguasai 2/3 kerusi.

Menteri dan timbalan menteri yang tidak terpilih dalam kabinet ramai yang tak timbul-timbul dalam dewan termasuklah juga yang diwar-warkan untuk jawatan menteri bila berlaku perletakan jawatan kouta dari Sarawak.

Sedih mendengar cerita dan keluhan penunggu tersebut. Letih lah PM dan TPM macam ni. Harapan rakyat jangan dihampakan. Tolong lah ubah pendirian dan sikap. Harap menteri KPI kenalah buat sistem potong gaji kepada mereka yang tidak hadir tanpa alasan yang menasabah.
Harapan kepada Idris Jala ialah bertindak lebih tegas dan berani, jangan sesekali pening kepala dan tension.