Ahad, 20 Disember 2009

Blog sebagai arena dakwah dan bukan medan fitnah


Ust Deris yang Pro Hadi

blogger muslimah yg bersopan santun
sedap tidur

Prof Dr Hasbollah Hassan

blogger bergelar 'tulangbesi'

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini media IT khususnya blog atau laman-laman web telah menjadi medium penting dalam proses menjual parti kepada khalayak. Blog telah mengatasi akhbar, televisyen dan media baru. ini adalah hasil kajian Future Study dalam analisa strata kepercayaan terhadap media. Minat kerah penulis blog politik telah naik mendadak kepada 48 % dengan taburan sebanyak 500 ribu blog dan 70% adalah blog politik.
Venue : Markas PAS, Taman Melewar, Selangor

Hasil kajian Prof Hasbullah menunjukkan sokongan bloggers kepada PAS telah merosot begitu teruk sekali selepas PRU12. Peratusan menghentam PAS melebihi 50% bersamaan dengan peratusan yang menyokong ketika pra PRU12. Antara faktor yang telah dikenalpasti ialah :

- dasar Pakatan Rakyat yang tidak konsisten dan sentiasa berubah ubah
- pertelagahan dalaman party
- kelemahan kepimpinan
- persepsi bloggers terhadap kemampuan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan alternatif

Blog Pas telah berjaya menguasai dan berpengaruh dunia internet berbanding Umno, Mca, Mic.Keadilan, Dap dan lain-lain blog. Blog pembangkang iaitu Barisan Alternatif atau Pakatan Rakyat berjaya menewaskan blog BN.

Apa pun pengaruh blog Pas dan PR telah menjunam teruk selepas setahun lebih PRU. Jika dahulu khalayak dan penulis blog amat gemar akan fitnah, memberi persepsi buruh terhadap kerajaan tetapi kini segala kutukan berbalik kepada PR sendiri. Blog PR hampir hilang taring dan gagal menjawab soalan-soalan dan kutukan dari pihak pembaca.

Superstar blogger Pas hidup mewah sebelum PRU dan PRK kini terpaksa berhempas pulas untuk mencari tauke baru setelah tauke yang lama sudah cuba menjauhkan diri dari membiayai kehidupan mereka Mana tahan gunung dan bukit pun boleh runtuh kalau tiap-tiap bulan datang minta wang.

Persengketaan Pemimpin-peminpin parti juga menyebabkan blogger PR menjadi bercempera hilang halatuju dan pedoman. Umpama kapal yang rosak dilautan. Ia amat ketara dalam kes Nik Aziz, Husam Musa vs Hadi Nasharudin, begitu juga isu erdogan dalam Pas. Turut memberi tamparan hebat ialah isu baaiah Pas yang didedahkan oleh Pas Selangor (Dr Hassan Ali).

Konvensyen demi konvensyen telah diadakan. Untuk menjalankan konvensyen pun PR tidak berupaya menjalankan dengan baik. Blogger sesama blogger Pas turut mengutuk jawatan kuasa penganjur. Ada saja yang tak kena,

Hari ini Pas sendiri cuba menghimpunkan semula bloger Pas buat kali ke dua setelah kegagalan di Perak. Kali ini ia khusus untuk blogger Pas dan tidak menjemput Dap dan Pkr. Kira-kira 150 blogger telah hadir dan yang jelas tidak juga mendapat sambutan terutama blogger superstar yang telah menggegarkan arena politik sebelum PRU 12 dan PRK P59 dan sebagainya.

Keghairahan blogger Pas merudum dengan sendirinya dalam PRK seperti Manik Urai dan Bagan Pinang kerana teralalu radikal dan yakin.

Hari ini Ustaz Abdul Ghani Shamsudin Pengerusi Lajnah IT Pas Pusat telah mengemukakan strategi baru Pas untuk menarik semula pengaruh media blog Pas yang hilang taring dengan slogan baru iaitu "BLOG SEBAGAI ARENA DAKWAH DAN BUKAN MEDAN MEMFITNAH"

Paling menarik ialah blog bukan medan memfitnah. Kenapa ayat ini digunakan? Tak lain dan tak bukan ialah kerana Fitnahlah menyebabkan blog Pas berjaya menguasai pemikiran pengundi. Hari ini bila mereka berjaya memerintah Kedah dan Kelantan tetapi masih gagal melaksankan janji-janji pilihanraya. Pengundi juga marah dengan Pas kerana Pas telah menipu pengundi dengan bekerjasama dengan kapir harbi iaitu Dap dan Pkr. Orang kampung yang fanatik dengan Pas tidak boleh menerima konsep yang dibawa oleh Nik Aziz yang berkawan dan berpeluk cium dengan Dap.

Sekarang ini walaupun blogger Pas diarah kepada penulisan dakwah dan bukan maki hamun atau menfitnah maka Pas terpaksalah mencari penulis-penulis yang baru yang lebih menjuruskan kepada tarbiah dan dakwah.

Persoalannya bolehkah Pas mencari penulis seeperti ini, kerana budaya dan pemikiran ahli Pas sudah sebati dengan tohmahan, caci maki dan memfitnah. Ia sudah menjadi darah daging dalam darah mereka. Amat sukar rasanya untuk mengubah sikap dan minda ahli-ahli Pas yang sudah cukup rosak oleh pucuk pimpinan atasan mereka sejak azali lagi.

Sama-samalah kita lihat setakat mana perubahan mereka.