Isnin, 21 Disember 2009

PARTI FLIP FLOP SEMAKIN BERPECAH

PKR cabang dan ranting Ijok Selangor dan Balik Pulau Pulau Pinang rebah menyembah bumi. Terkubur dua ketumbukan. Dalam seminggu dua ini dikhabarkan akan ada lagi cabang dan ranting yang akan reput dan gugur ke tanah.

Pada 11 dan 18 Dec 2009 AMK telah cuba membuat dua demontrasi LOVE ANWAR di Seberang Jaya dan di Shah Alam. Sayangnya ia tidak mendapat sambutan. Malang juga yang menimpa kepada ketua Amk Selangor telah direman oleh polis kerana menyebarkan risalah tanpa permit pengedaran dalam akta mesin cetak.

Apa yang boleh dirumuskan ialah kedua-dua program tersebut tidak mendapat sokongan daripada penyokong setia PR. Kenapa jadi begitu?

Jawapannya ialah kerana penyokong setia Anwar dari Pas dan Pkr sendiri sudah muak dan bosan dengan sikap melambat-lambatkan kes. Ditambah lagi dengan tektik baru Anwar untuk membawa kes ke Mahkamah Syariah. Anwar mengarahkan AMK menjalankan tugas supaya mendesak kerajaan memindahkan kes sivil kepada kes syariah. Kenapa kerajaan pula yang harus di salahkan. Apa salahnya Anwar sendiri membawa kes ke mahkamah syariah dengan membuat tuduhan bahawa Saiful telah menuduh Anwar meliwat. Kita nak tengok siapa yang akan bersumpah dalam kamar mahkamah syariah nanti.

Sekarang sudah terang dan bersuluh bahawa Pas sudah tidak lagi menyokong Anwar. Pkr sebelum ini banyak dibantu oleh Pas dalam menjayakan demontrasi jalanan tajaannya. Tanpa Pas Pkr tak boleh hidup. Tanpa sokongan Pas, Anwar tidak akan duduk di kerusi Parlimen. Pas sudah banyak berjuang dan membantu untuk menghidupkan reformasi dalam PR, tetapi Pas tetap menjadi parti temukut di tepi gantang. Tak percaya? Cuba hitung dan bandingkan kerusi Pas di Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Siapa yang lebih? Pkr atau Pas. Hakikatnya slogan Pas dikencing oleh Pkr adalah benar.

Hari ini Pas sudah tarik handbrake. Dahulu buat perjumpaan blogger pun bermasalah kerana ada gangguan orang luar. Hari ini Pas sendiri sekali lagi mengadakan konvensyen Blogger Pas di Dewan Dato' Fadzil Nor , Taman Melewar tanpa kehadiran blogger Pkr dan Dap. Adakah Pas sudah serik dengan permainan politik kotor Pkr dan Dap? Apakah Nik Aziz sudah sedar dan bangun dari mimpi disiang hari? Atau Pas main wayang dengan Pkr?

Apa pun kita tunggu sahaja apa yang bakal berlaku dalam perkahwinan tanpa tauliah ke tiga-tiga komponan ini.