Ada kerisauan bila Nazri Aziz tidak perform di parlimen. Kealpaan yang hampir tergadai sebuah negara. Kalau dikaji tindakan lampau YB Nazri, seperti JPA, SPRM, Kehakiman dan banyak lagi kenyataan-kenyataan sinikalnya. Aapakah tidak boleh dikaitkan beliau dengan agenda pembangkang. Apakah he is the second insider selain KJ. Rujuk senarai MP yang tak hadir dimalam gerhana dan perkaitan dengan Nazri dan KJ atau DSAI. Mungkin kebetulan tetapi tidak boleh dipermudahkan.
Sulaiman Taib Mahmud meletakkan jawatan Timbalan Menteri, apakah agendanya. Apakah DSAI nak shopping MP dari Sarawak dan balasannya ialah dijadikan Ketua Menteri Sarawak? Jika ia maka bersambunglah generasi Taib memerintah Sarawak. Mungkin semua orang tahu MP Sarawak agak GOYAH, juga isu yang tidak boleh dipermudahkan.
dan terakhir,
Mengapa Anwar mendapat blessing dari mahkamah untuk melengah-lengahkan kes liwat dengan Saiful? Apakah Anwar mengetahui ada sesuatu yang besar mengenai DS Najib? Kalau benar DS Najib bakal jatuh, tetapi jatuhnya DS Najib, BN masih memerintah. Anwar bermain menentang masa. Ehsan DS Najib akan membolehkan Anwar bershopping MP Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Umum hendaklah mengetahui bahawa Anwar bukanlah hendak menjatuhkan Najib tetapi dia hanya mahu menjadi Perdana Menteri. Senario akhir-akhir ini telah pun memihak kepada Anwar atau Pakatan Rakyat. Ada bezanya antara nak menjatuhkan Najib dan nak menjadi PM. Jangan ambil mudah dan dipermudahkan