Selasa, 22 Disember 2009

TERENGGANU DARUL REBAH


Hari ini akhbar Utusan melaporkan bencana runtuh dan rebah menyembah bumi masih berlaku di Terengganu. Bayangkan sebuah negeri yang pencapaian akademik tinggi semua peringkat peperiksaan gagal dalam pengurusan pembinaan. Apakah jurutera-jurutera dan tauke projek tidak mengaji tinggi? ho ho..setuju?

Adakah Terengganu mempunyai Juru ukur bahan dan jurutera yang rendah grednya atau pun kurang kompitensi, atau pun wujud ketirisan projek. Jika ketirisan berlaku ia berkait rapat dengan kaki tangan kerajaan. Semua nak makan. Semua nak melancong. ada yang nak beli sport rim baru dengan tayar bersaiz besar dan low profile. Itu permintaan standard. Justeru itu, jika projek RM 10 ribu, yang dilaksanakan hanya RM 4 ribu sahaja nilai sebenarnya. Setuju?

Seperkara lagi ialah persidangan panas dalam dewan dun semalam. Adun Bukit Besi yang marah kerana projek dalam kawasannya telah didominasi oleh orang lain tanpa merujuk atau tanpa pengetahuan beliau. Siapa yang bersalah? Setujukah anda jika tetamu masuk kerumah dan buat macam rumah sendiri dan kemungkinan nak halau tuan rumah macam Lee Kuan Yew lakukan kepada Tunku.

Sudahlah......Team Utara dan Team Selatan hendaklah duduk dan berbincang secara tertutup. Tak malukah bertekak dalam dewan. Ops..agaknya tak ada menyuarat parti lah tu sehingga meletup begitu dasyat seperti Bom Ikan.