Selasa, 22 Disember 2009

MISTERI KEHILANGAN ENJIN F5E



Blog pro kerajaan dan pembangkang telah banyak menulis isu ini. selepas diwar-warkan dalam akhbar dan pelbagai media. Ada yang bertanya, siapa menteri pertahanan dan brigedier ketika itu?

Pujian dan kredit hendaklah diberi kepada pegawai tentera dan menteri yang berjaya membongkarkan isu ini. Ia bukan satu perkara mudah. Banyak halangan dan rintangan yang telah dan bakal dihadapi oleh mereka dalam pendedehanan kes enjin jet ini.

Harakah dan Pemimpin Pas pula menjadikan kes ini sebagai satu tiket loteri untuk menghentam BN dan Umno. Pas seronok kerana dapat menutup isu Almenantuya dan isu curi balak di Lojing. Beriktut ialah hentaman buah tangan Pas;


KUALA LUMPUR, 21 Dis: Pemimpin Umno yang menjadi Menteri Pertahanan ketika berlakunya kehilangan enjin jet Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku bukan membuat penafian begitu sahaja. Pemimpin berkenaan juga perlu bertanggungjawab terhadap penggunaan bahan peledak C4 oleh dua anggota polis ketika meletupkan seorang wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu, sehingga hancur berkecai kerana ia biasanya digunakan tentera bukannya polis. Demikian kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. "Sebagai menteri beliau mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kedua-dua kejadian ini, beliau mesti menjawab secara rasmi, dengan kenyataan bertulis dan disertakan dengan sokongan-sokongan bukan hanya melalui penafian dan sumpah semata-mata," kata Dr Lo' Lo'. Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kedua-dua peristiwa penting ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa yang begitu jelas dan menimbulkan tanda tanya. Dr Lo' Lo' dipercayai mengulas peristiwa kehilangan sebuah enjin jet pejuang F-5E milik TUDM yang berharga lebih RM50 juta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan tidak berniat untuk menutup hal itu. Beliau berkata, TUDM dan Kementerian Pertahanan telah membuat laporan polis sebaik sahaja perkara itu diketahui hujung tahun lepas. Ketika peristiwa kehilangan enjin jet itu berlaku, Menteri Pertahanan adalah Najib sendiri.

Ia membuktikan pegawai-pegawai penyiasat tentera, menteri dan timbalan menteri telah buat kerja dan tidak tidur sebagaimana yang digembar gemburkan . Kepada yang terlibat dalam skandal ini tunggulah habuannya. TAHNIAH!!bukan senang nak jadi senang.