Apabila berlaku kerosakan, enjin ditanggalkan dan diganti baru. Jadi jet boleh terus terbang. Tidak seperti kereta. Kalau tak ada enjin gantian bermakna jet F5E tak boleh terbang. Teruk lah macam tu jika negara dalam konflik. Nak kena tunggu berapa lama pula pulak bagi mekanik untuk mengenal pasti kerosakan dan mencari barang ganti. Tak boleh berfungsi lah jet F5E jika prosedur begitu.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini memaklumkan pemberhentian seorang pegawai berpangkat Brigadier Jeneral dan beberapa anggotanya sebelum ini adalah berkaitan dengan ketidakcekapan dan pretasi kerja-Utusan Malaysia.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Perhubungan Awam TUDM di sini hari ini, tindakan itu diambil sebelum kejadian kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E diketahui berlaku.
Enjin jet ini lah yang hilang, yang sisapu oleh penyangak semasa dalam perjalanan dari hanger ke worksyop negara. Bukan dicuri di dalam negara, tetapi diluar negara. Atau mungkin perancangan yang teliti dan licik membawa enjin yang baik tetapi dikategorikan sebagai rosak sebelum diseludup keluar, kononya untuk baik pulih.