Seingat TM, peristiwa berdarah 13 Mei telah berlaku berpunca keputusan keputusan PRU 1969. Selendang Merah juga menjadi buah mulut rakyat ketika itu. Siapa yang tahu , tahu lah . Mungkin anak-anak muda hari ini tidak tahu langsung apa yang diistilahkan sebagai Selendang Merah.
TM membuka satu tugas kepada anakanak muda untuk mencari jawapan berkaitan apa itu selendang merah yang dimaksudkan.
Sewaktu kecil TM pernah dibawa oeh keluarga ke satu kampung Melayu di Balik Pulau. Untuk sampai ke kampung tersebut kenalah berjalan kaki dan merentasi sebuah sungai yang airnya cukup jernih, bersih, deras dan kedinginan airnya cukup menyejukkan kedua-dua kaki.
Setibanya di kampung tersebut kami bertandang disebuah rumah melayu yang cukup tradisional. seni bina rumah cukup mewah dan menarik, luaran, dalaman dan lelangat rumah tersebut dipenuhi ukirankayu zaman silam.
Di halaman rumah terdapat sebuah gelanggang silat yang kerana di pagari oleh daun nipah. TM menjengengah ke dalam gelanggang dari tingkap rumah tersebut. Dilihat beberapa buah batu-batu konkrit yang besar-besar dalamnya.
TM di maklumkan itu batu-batu yang menjadi latihan anak muridnya. Ia menjadi sebahagian latihan persilatan. TM yakin batu-batu besar itu tidak terangkat oleh Bruce Lee atau pun ahli gusti Big Show. TM juga ditunjukkan kain yang dikatakan selendang merah. Ia hanya kain biasa yang berwarna mereh.
Fahamlah akan kehebatannya mengikut cerita daripada peristiwa 13 mei. Keluarga Tm ke kampung tersebut bukan atau sebelum peristiwa 13 Mei tetapi setahun selepas itu, waktu musim cuti sekolah. Jangan risau TM masih anak-anak lagi. tak menuntut apa pun, hanya menemani arwah ibubapa ke sana.
Silat adalah seni mempertahankan diri yang telah diwarisi sejak turun temurun dari nenek moyang kita. Ia dapat membentuk semangat melayu dan jati diri orang Melayu. Hingga hari ini peranan silat masih mendapat tempat dalam masyarat Melayu kampung.
Pemerintahan Pakatan Rakyat Pulau Pinang melihat seni persilatan sebagai satu ancaman besar kepada Dap dan kerajaan negeri hari ini. Mungkin kerana ia menjadi igauan ngeri kepada Lim Kit Siang dalam peristiwa 13 Mei maka ia mengambil keputusan untuk mengharamkan seni ini di pulau tersebut.
Apakah budaya boria, kompang dan lain-lain juga akan turut dihapuskan?