Jumaat, 25 Disember 2009

MIC MEMANG GAGAL MENDAFTAR KAUM INDIA SEBAGAI PENGUNDI (klik)

Hari ini DS Sammy Vello menafikan tuduhan yang mendakwa beliau gagal mendaftar pengundi-pengundi baru.

Pada hakikatnya ialah Ya. Memang benar kenyataan tersebut. Dato Nallakarupan pernah memberitahu TM bahawa ramai orang India yang muda-muda tidak menjadi ahli mana-mana parti politik dan tidak mengundi. Ini dakwaan beliau awal tahun ini dalam satu PRK.

Sambil menolak kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam bahawa MIC gagal mendaftar pengundi baru di Pulau Pinang dan Selangor pada Oktober lepas, beliau berkata SPR mungkin tidak memahami proses pendaftaran pemilih yang dilakukan oleh MIC selama ini.

SPR mempunyai bukti mengenai kenyataannya. Mereka bukan bercakap politik tetapi berdasarkan fakta di mana setiap bahagian parti mempunyai pegawai yang membantu SPR dalam mendaftar dan mengurus pengundi-pengundi.

Mic hendaklah bertindak segera untuk mengukuhkan kedudukan parti dengan menambah keahlian parti sebanyak mungkin dan menjadikan mereka sebagai pengundi untuk membantu Mic supaya diterima semula oleh rakyat. Jika Mic lemah, Bn juga lemah. dan kaum India akan mengalih hala kepada parti-parti lain termasuk juga menjadi ahli parti pembangkang.

Mic juga kena banyak membuat outreach dan bertemu dengan ahli-ahli dibawah untuk membetulkan persepsi yang salah terhadap Mic sebagaimana yang telah dimainkan oleh Dap. Pas dan Pkr.