Jumaat, 25 Disember 2009

SIAPA NIK AMALINA UNTUK MENGUGUT EXCO KELANTAN

Nik Amalina Nik Aziz betul-betul how liau. macam mee lah...sebab apa? Sebab dia berkuasa dan gagah kerana berani mengungut Exco Kelantan meletak jawatan.

Mana ada dalam sejarah Menteri Besar Malaysia yang berani dan gedebe macam Nik Amalina. Anak Nik Aziz lah orang yang memecahkan sejarah politik Tanahair dengan menggugut Pegawai Kanan Kerajaan Negeri supaya merambus dari pejabat masing-masing. Ini lah hasil didikan seorang tok guru yang mengajar anak menentang Ulul Amri. Hairan kenapa dia tak berani mendesak Nik Aziz dan suaminya meletak jawatan. Malah membela kedua-dua individu dari kaum keluarganya, Hmmmm Nak jadikan Kelantan Darul Naim Nik Aziz Sdn Bhd ?

Seorang pemimpin Pas Kelantan semalam, menyanggah kenyataan anak Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Amalina, yang mendakwa pemimpin Pas negeri itu hanya berdiam diri dan membiarkan bapanya yang juga Menteri Besar, sendirian mendepani serangan terhadap parti dan kerajaan negeri diterajuinya.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron, berkata setiap minggu, pemimpin parti bersama Nik Aziz berbincang dan hasil keputusan itu, tidak semua pemimpin mengeluarkan kenyataan.

"Dalam mengeluarkan kenyataan, kita (pemimpin Pas negeri) serah kepada tok guru (Nik Aziz) selepas sesuatu isu itu difikir dan dibincang secara bersama.
Hebat Nik Amalina...boleh beri gelaran Serikandi Darul Nikky .