Isnin, 28 Disember 2009
MR. SALEHUDIN SON OF BARRY WAIN
Salehuddin Ayob ni satu manusia yang mempunyai pemikiran ganjil. Adakah dia ingin menjadi hero. Tangan memegang hailer terjerit-jerit tengah panas dengan blazer dan tie,membela nasib penghuni tanah-tanah setinggan apabila kerajaan negeri Selangor zaman BN memerintah. Kerajaan BN dilabelkan zalim hanya kerana meroboh rumah, surau dan kuil. Kalau BN zalim BN tak bayar satu sen pun pampasan kepada rumah-rumah penduduk yang terlibat.
Pelik bila kerajaan Pakatan Haram merobohkan kuil dan Kampung Buah Pala, Salehuddin lari lintang pukang kerana takut dibaling najis oleh penduduk kerana beliau sepatutnya memegang pembesar suara dan menuduh kerajaan Pakatan Haram zalim kerana bertindak tanpa belas kasihan. Baru lah Salehudin menjadi seperti Robin Hood.
Pas sebagai parti Islam selalu berpesan, apabila datang seseorang menyampaikan berita, kita hendaklah menyiasat siapa orang tersebut. Apa yang berlaku hari ini Salehuddin sekali lagi menjadi pak lawak dalam Pas kerana bercakap berdasarkan kabar-kabar angin kononnya Barry Wain telah menulis begitu begini terhadap Tun Mahathir. Bukankah buku tersebut belum dijual di pasaran tempatan. DarimanaSalehuddin tahu isinya. Dah beli buku dari Australia kah atau Baary Wain telah kurier kepada semua pemimpin Pakatan Haram? Mungkin Salehudin dah baca kut.
Ish. Heran. bagaimana seorang rakyat Malaysia seperti Salehudin berbangga dengan seorang Inggeris Australia yang mencemuh kita. Apakah Salehudin ingin menjadi SiKitol? Dimanakah jati diri Salehudin jika seorang haprak Inggeris menghina bekas pemimpin kitta. Apa kata selepas ini Wain menulis pula tentang kes liwar Anwar dan kes-kes balak kerajaan Kelantan. Adakah Salehudin akan menjadi orang yang pertama menyokong isu tulisan Wain?
Seterusnya isu demonstrasi aman penyokong Pas dan ahli Pas Ahad lalu di Shah Alam. Salehudin dengan mudah berkata itu bukan ahli Pas, dia tak kenal pun mereka. Adakah kerana mereka tidak memakai baju Unit Amal dan tidak berkopiah putih ? Sebenarnya Pas dan penyokong Pas itu lah yang memenangkan calon-calon Pas di Selangor dan KL. Memang Salehudin cepat lupa jasa-jasa penyokong dan pengundi yang menyokong mereka.
Satu lagi yang lucu ialah ayat Salehudin ialah " Saya tak kenal mereka" makna nya dia kenal semua pengundi dan penyokong Pas di seluruh negara, Jika ada seorang dua bukan ahli, Salehudin boleh kenal. Hebat sungguh lah dia kalau macam tu.