Khamis, 31 Disember 2009

PENUTUP 2009 -KEKALAHAN UNTUK UMAT ISLAM MALAYSIA

kedai tatoo akan mempromosi produk baru
injil dalam tulisan arabic atau jawi
Sah dan boleh digunakan
Xavier yang menang besar dalam isu ini telah berjaya melembutkan hati Melayu Islam
Imtiaz salah seorang peguam bela Lina Joy dalam isu murtad

Kemenangan dalam kes rayuan di mahkamah tinggi petang tadi benar-benar mengecewakan. Kita kalah di dalam mahkamah sivil dibawah soorang yang arif yang bukan Islam.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.


Disaat genting ini dimana pejuang Islam yang kononnya mempertahankan aqidah dan syiar Islam. Mereka telah berjaya didodoikan dalam konvensyen di dada mu ada bulan, di hati ku ada roket.

Perjuangan politik apa yang mereka bawa? Apakah mereka merelakan perkataan Allah di gunakan dalam makallah mingguan itu. Sudahnya tak lama lagi perkataan Allah akan ada di mana-mana saja. Mungkin dalam huruf jawi atau arabic.