Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT JALAN GUS DUR


Agen Reformasi tajaan Amerika telah kembali ke alam barzah semalam bersamaan hari Rabu. cuma dikebumikan hari ini. Jika dikebumikan semalam maka ia samalah dengan Anwar Sadat. Kedua-dua negarawan ini mempunyai persamaan kerana tunduk dengan desakan barat. Sadat telah mengkhianati seluruh umat Islam kerana berdamai dengan Yahudi dan menyerahkan sebahagian besar tanah yang dirampas oleh Yahudi dalam perang 1967. Anwar Sadat disifatkan mati sebagai yahudi oleh dunia arab ketika itu. (boleh rujuk entry TM 2008)

Peperangan yang membawa kesan pertama kepada kenaikan harga minyak di Malaysia dan kenaikan harga-harga barang keperluan dapur atau sembako dalam bahasa Indonesia.

Gus Dur merupakan seorang yang bersifat peneroka. Beliau sentiasa cuba untuk berjaya walaupun pada peringkat awal beliau tidak mendapat tempat di Mesir sebagai seorang pelajar kerana lemah bahasa arab.

Sekembalinya beliau ke Indonesia, beliau telah memegang pucuk pimpinan Nahdatul Ulama dan disinilah beliau telah diresapi dengan perjuangan reformasi tajaan barat. Amein Rais juga bersamanya. ( Amin Rais setiap tahun membawa 15 ribu orang untuk menunaikan haji, dari mana Amin Rais memperolehi wang? )Gus Dur merupakan agent ARDA yang berjaya menjadi Presiden Indonesia. Jutaan umat Islam Indonesia telah terpengaruh dengan gerakan NU pimpinan Gus Dur. ( Orang kuat ARDA di Malaysia ialah Tian Chua)

Akibatnya bahasa cina dan penggunaan nama cina dibolehkan untuk digunapakai oleh kaum tionghua di Indonesia. Gus Dur juga telah mencipta sejarah dengan menerima pelawaan Yahudi untuk melawat tembok suci yahudi di Baitulmaqdis.

Gus Dur juga menyokong perjuangan reformasi di Malaysia dibawah pimpinan Anwar Ibrahim. Hanya Anwar yang masih gagal untuk menguasai jawatan Presiden Pertama Malaysia. Jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri atau Presiden pertama Malaysia kita akan lihat perubahan besar akan dilakukannya.

Antara yang dapat dilihat ialah Malaysia akan mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-negara baru terutamanya blog pro-yahudi. Anwar juga akan menerima jemputan yang sama seperti Gus Dur. Terakhir jika Anwar mati, Amerika akan mengibarkan benderanya separuh tiang seperti yang dilakukan terhadap Gus Dur.