Ahad, 3 Januari 2010
AGENDA BARU ANWAR-DEMONSTRASI LAGI
Anwar telah gagal dalam rancangan jahatnya untuk mengadakan PRK di Hulu Selangor. Beliau hilang kepercayaan kepada Prof Dr Zainal yang juga bekas Adun BN satu ketika dahulu. Dr Zainal banyak mendiamkan diri dalam isu-isu Anwar dan ini menyebabkan ia perlu disingkirkan.
Terbaru dan dalam perancangan Anwar ialah untuk mengadakan satu lagi demontrasi besar-besaran di ibu negara untuk mencari sokongan rakyat bagi menyerahkan satu memorandum kepada YDP Agong supaya mengampunkan beliau dari segala kesalahan dan tuduhan terhadap dirinya. Ia berkait rapat dengan isu liwat yang akan dibicarakan dalam bulan ini.
Anwar terlalu takut dalam tuduhan liwat kali ini. AMK juga telah berusaha mengadakan satu demontrasi LOVE ANWAR di dua lokasi iaitu Permatang Pauh dan Shah Alam. Kedua-dua program tersebut telah tidak mendapat sambutan dan gagal.
Demontrasi yang bakal diadakan sebelum kes liwat disebut di mahkamah merupakan usaha terakhir Anwar sebelum disumbat di Sungai Buloh, Kajang, Taiping atau Batu Gajah.
Kepada sesiapa yang mendapat mesej untuk berdemontrasi dalam bulan ini , sila abaikan dan jangan tertipu dengan alasan yang bakal diberi. Jemputan tidak akan menyebut tujuan sebenarnya, kita tidak mahu ada rakyat yang dipelawa naik bas ke ibu negara untuk satu lawatan percuma dan dibayar wang saguhati. Jangan nanti bila dapat RM150 seorang, berebut-rebut untuk turut serta tanpa mengetahui cerita sebenarnya.