Ahad, 3 Januari 2010

HARGA BUDU NAIK-PAS SENYAP-HARGA GULA NAIK-PAS DAN UMNO BISING-DAP DAPAT UNTUNG

powered by

6/28/2008

Budu Naik Harga



Budu turut mahal


Sabtu 2 Januari 2009- "Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam."



TUMPAT - Adakah budu iaitu pembuka selera kegemaran rakyat biasa Kelantan akan menjadi bahan mewah pada masa akan datang.

Ini tidak boleh ditolak ekoran kenaikan mendadak kos mengeluarkannya menyebabkan harganya yang berpatutan kini menjadi lebih mahal.

Ekoran itu, harga bahan tersebut akan dinaikkan sebanyak 40 peratus bermula 1 Julai ini.

Ia disahkan sendiri oleh seorang pengusaha terkenal budu di sini, Ismail Yusoff, 57, yang menyifatkan kenaikan harga itu tidak lagi dapat dibendung.

Menurutnya, ia dilakukan bagi mengelak kerugian lebih besar termasuk risiko 'gulung tikar' jika bertahan dengan harga semasa.

Katanya, kenaikan harga bahan bakar memberi impak besar kepada kos operasi termasuk melonjakkan harga botol kaca dan juga pembalut selain kesukaran memperoleh bahan mentah seperti ikan bilis dan garam dalam jumlah yang besar seperti sebelum ini.

"Sebelum ini ikan bilis dibeli dengan harga 80 sen sekilogram, tetapi sekarang naik RM1.50, begitu juga garam kasar yang kini dijual dengan harga RM3 sekilogram berbanding RM2 sebelum ini," ujarnya yang 28 tahun mengusahakan bahan penyedap itu ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ismail yang memiliki kilang pengeluaran di Kampung Ketil Pengkalan Kubor, Tumpat mengeluarkan budu dalam empat jenama iaitu Ketereh, Pati Ikan Bilis, Sos Bilis dan Selera Kampung.