Sabtu, 28 Jun 2008
Budu Naik Harga
Budu turut mahal
Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my
SEORANG peniaga, Mohd. Aswraf Alwi menunjukkan beberapa jenama budu yang dijual di kedai runcitnya di Kota Bharu semalam.
TUMPAT - Adakah budu iaitu pembuka selera kegemaran rakyat biasa Kelantan akan menjadi bahan mewah pada masa akan datang.
Ini tidak boleh ditolak ekoran kenaikan mendadak kos mengeluarkannya menyebabkan harganya yang berpatutan kini menjadi lebih mahal.
Ekoran itu, harga bahan tersebut akan dinaikkan sebanyak 40 peratus bermula 1 Julai ini.
Ia disahkan sendiri oleh seorang pengusaha terkenal budu di sini, Ismail Yusoff, 57, yang menyifatkan kenaikan harga itu tidak lagi dapat dibendung.
Menurutnya, ia dilakukan bagi mengelak kerugian lebih besar termasuk risiko 'gulung tikar' jika bertahan dengan harga semasa.
Katanya, kenaikan harga bahan bakar memberi impak besar kepada kos operasi termasuk melonjakkan harga botol kaca dan juga pembalut selain kesukaran memperoleh bahan mentah seperti ikan bilis dan garam dalam jumlah yang besar seperti sebelum ini.
"Sebelum ini ikan bilis dibeli dengan harga 80 sen sekilogram, tetapi sekarang naik RM1.50, begitu juga garam kasar yang kini dijual dengan harga RM3 sekilogram berbanding RM2 sebelum ini," ujarnya yang 28 tahun mengusahakan bahan penyedap itu ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Ismail yang memiliki kilang pengeluaran di Kampung Ketil Pengkalan Kubor, Tumpat mengeluarkan budu dalam empat jenama iaitu Ketereh, Pati Ikan Bilis, Sos Bilis dan Selera Kampung.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
KOMEN; MARI KITA BUAT DEMONTRASI MEMBANTAH KENAIKAN HARGA BUDU. ESOK PAKAT-PAKAT BUAT BANTAHAN DI BANDAR KOTA BARU. ANWAR BERAHIM AKAN TURUN, MAT SABU DAN RAMAI LAGI,,,BAWA SEPANDOK DAN PAKAI BAJU MERAH BERUTIS "BUDU" KITA KUMPULKAN 2 JUTA TANDA TANGAN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA BUDU. KITA RAKYAT KELANTAN ADALAH PENGELUAR BUDU TERBESAR DUNIA MAKA WAJARLAH KITA MENDAPAT HARGA BUDU YANG MURAH. DAN MENDESAK KERAJAAN KELANTAN SUPAYA MEMBAYAR SUBSIDI SERIAL SEBOTOLLLL