Ahad, 3 Januari 2010

LANGKAH MENGURANGKAN PENGGUNAAN GULA DALAM MAKANAN






Penduduk Malaysia tahun-tahun 60an dan 70an adalah kurus-kurus. Remaja zaman pop yeh yeh adalah kurus dan slim-melim. Hari ini remaja Hip-hop besar, bulat dan gemuk atau lebih mudah Obes.

Makcik-makcik di kampung-kampung juga gemuk-gemuk dan ramai yang dah kena potong kaki kerana penyakit kencing manis.

Kencing manis , darah tinggi dan sakit jantung hari ini bukan sahaja menyerang golongan dewasa tetapi menyerang kanak-kanak juga. Banyak kes kegemukan melampau melibatkan kanak-kanak.

Puncanya ialah pemakanan seperti keropok yang dikategorikan sebagi junk food. air tin , botol dan jus-jus buah-buahan, donat, jem, kaya merupakan sebahagian makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Kempen-kempen untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan setakat ini tidak memberikan kesan yang maksima.

Cara yang paling baik ialah kerajaan melalui pelbagai kementerian hendaklah mengeluarkan garis panduan tentang isi kandungan gula dalam industri pemakanan, dengan cara ini sahaja kementerian dapat mengawal pengambilan gula dalam makanan.

Memang pada peringkat awal memang sukar untuk dilaksanakan, kerana semua orang akan membantah kerana coca-cola tawar, pepsi tawar, dunkins donat pun kurang gula, jem dan kaya juga kurang manis, kopi dan teh 3 in 1 juga kurang manis. tetapi percayalah semua keluhan hanya peringkat awal sahaja.

Setelah lidah sudah biasa dengan kadar gula yang rendah ia tidak akan timbul masalah lagi.

KURANGKAN GULA UNTUK KESIHATAN