Jumaat, 1 Januari 2010

EMAS DI BUKIT MERAH LAKE TOWN

Tahniah diucapkan kepada MK Land kerana telah membangunkan bandar tasek di Bukit Merah. Kawasan ini dahulunya merupakan kawasan paling hulu dan jauh dari bandar. Bila wujud lebuhraya Utara Selatan atau PLUS. Pemaju hartanah terkemuka Mustapha Kamal telah berjaya membangunkan sebuah bandar, kawasan perumahan mewah dan juga resort percutian lengkap dengan taman tema air dan pulau orang utan.

Akhir-akhir ini tanah-tanah sawah disekitar lebuh raya telah menjadi mahal. Pelabur-pelabur luar telah datang dan membeli tanah-tanah sawah. Setiap hektar ditawarkan dengan harga yang amat mahal , tanah di sekitar Bukit Merah dianggap emas dan sudah banyak yang sudah berpindah hak milik.

Jika anda melalui lebuhraya , cuba lihat ke kiri dan kanan jalan. Banyak tanah-tanah sawah sudah ditebus guna menjadi kawasan pembiakan ikan kelisa emas. Jika tidak dibendung makin banyak kawasan padi akan hilang. Peringkat permulaan memang dijadikan kawasan pembiakan ikan tetapi akan datang akan muncul sebuah bandar baru.

Pihak yang membeli hartanah tersebut akan mendapat untung berlipat kali ganda. Yang rugi ialah penduduk tempatan terpaksa berpindah ke tempat lain atau menjadi kuli kepada pemaju-pemaju tersebut.