Sabtu, 2 Januari 2010

PAS DAYUS DAN BACUL



Isu perkataan Allah telah menunjukkan belang Pas. Hari ini kita tahu dimana keadaan dan dasar perjuangan Pas yang sebenar. Bukan main gah bercakap soal hukum hudud. Mereka ingat dengan Islam hanya ada hudud sahaja. Hukum-hukum fiqah yang lain tak ada. Tetapi mereka lupa soal syiar Islam.

Di mana mereka bila mahkamah meluluskan perkataan Allah boleh digunakan dalam penerbitan mereka. Tidak ada seorang pun pemimpin Pas yang bercakap dalam isu ini. Di mana suara lantang Mahfuz, Mat Sabu, Salahudin Barry Wain, Hadi Awang dan yang paling penting apa kata Nik Aziz.

Pas takut dengan Lim Kit Siang, takut dengan Nga Kor Meng, takut dengan Teresa Kok, takut dengan Elizabeth Wong, takut dengan Khalid gereja, takut dengan Xavier dan takut dengan Anwar Ibrahim.

Tidak hairanlah Tumpat dinamakan Tumpat Darul Angkor Watt atau Darul Budha. Nampaknya selepas ini sebuah gereja yang paling besar akan didirikan di Tumpat Kelantan.

Penyokong Pas peringkat bawah hari ini sudah berani mempersoalkan pendirian Pas yang membisu soal perkataan Allah digunakan oleh Kristian. Esok atau lusa Pas akan mengeluarkan ayat dan hadith palsu yang membenarkan agama lain menggunakan perkataan ALLAH.