Khamis, 7 Januari 2010
PAS DAN DARUL KARTUN (klik link)
Dulu TM tertanya-tanya apa itu Darul Kartun, rupanya ia berkaitan dengan majalah kartun atau animasi keluaran Parti Islam Malaysia (PAS). Ia majallah lawak sindir menyindir , menempelak, menghina dan mencerca atau malajah mengupat. Sasarannya ialah Barisan Nasional Perak.
Hairan lah kepada Pas parti Islam yang masih bersifat begini. Tok Guru yang berceramah berkata "kita jangan cari salah orang, lebih baik cari salah sendiri, cari salah kita kepada Allah, salah kita kepada ibu bapa kita, salah kita kepada isteri dan suami kita, salah kita kepada anak-anak kita, salah kita kepada majikan kita, salah kita kepada pemimpin kita," Itu pesan tok guru, dan yang pasti tok guru bukan tok guru yang dipuja oleh Pas dari Kelantan.
Bila tak dapat memerintah Perak di panggil Darul Kartun. Jika berjaya memerintah baru tak kartun kut? Tetapi 11 bulan memerintah Pas hanya tukang sain sahaja. Nak bersuara tak laku, Ngeh dan Nga langsung tak mahu dengar cakap Pas. Pas disuruh pergi buat ceramah pagi, petang , siang malam. Pas hanya ada 6 kerusi Dun, nak megah apa? Dap hanya usung 2 orang saja dalam apa-apa majlis, pertama ialah Nizar Jamaludin dan keduanya ialah Ahmad Awang, Yang lain Dap tak pandang pun.
Siapa yang kartun sebenarnya. 6 kerusi atau 27 kerusi?