Isnin, 18 Januari 2010

PEGAWAI SPR DALAM PARTI JANGAN LAH TIDUR.



Setiap kali PRU atau PRK kita akan mengesan ahli-ahli parti yang tidak dapat mengundi, padahal dia dah lama menjadi ahli parti.

Ataupun nama ahli terkeluar dari senarai nama pengundi. Bila disemak menggunakan internet, rupa-rupanya nama dia telah terpelanting ke negeri lain. Adakalanya PRU sebelumnya mengundi dikampung halaman tetapi tiba-tiba nama tiada dalam senarai. Mengamuk lah kawan, maklumlah balik dari jauh dan tak dapat mengundi.

PUTRAJAYA: Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah Bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan Bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum Bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

Mulai sekarang jentera parti hendaklah digerakkan setiap masa dan menyemak setiap 3 bulan senarai pengundi, takut-takut ada yang berpindah ke negeri lain tanpa pengetahuan tuan punya badan.