Jumaat, 22 Januari 2010

SOLAT JUMAAT

Solat Jumaat di Masjid Jamek Kamunting hari ini cukup noltalgia, cukup tenang, cukup kusyuk. Walaupun cuaca panas di luar tetapi di dalam masjid keadaan sejuk tidak kelihatan sorang pun yang lenjun bajunya kerana peluh.

Kanak-kanak yang selalunya bersembang dan berbual sewaktu khatib membaca khutbah, hari ini diam dengan penih tertib.

Khutbah hari ini juga berkisar dengan dunia akhir zaman dan petanda khiamat. Ia juga menyentuh bencana alam yang berlaku sewaktu umat Islam menyambut Muharam dan tahun baru masehi. Selain itu ia juga menyentuh tentang fenomena bulan dan matahari gerhana dalam jarak masa yang dekat.

Selain itu khatib juga menyebut tentang dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia dimuka bumi hari ini.

Suara Khatib cukup jelas dan bertenaga. Tidak ada seorangpun yang meleleh atau lena. Begitu juga sewaktu sedang solat. Suara Imam dapat didengar dengan jelas hingga ke balakang.

Isi khutbah adalah berkaitan hari kiamat dan tanda-tandanya. TM dapat merasakan keadaan solat Jumaat hari ini adalah seperti di zaman dahulu mungkin juga zaman Nabi Muhammad SAW. begitu juga dapat membayangkan bagaimana lantang dan kuat nya suara Bilal melaungkan azan.

Ini adalah gara-gara berlaku kebakaran suis besar dalam masjid tersebut. Ia bukan lah disebabkan ada pihak yang membakar atau membaling botol api . Ia mungkin disebabkan oleh bebanan yang berlebihan. Bekalan elektrik terpusing , sistem pembesar suara, kipas angin, lampu dan penghawa dingin tidak dapat berfungsi.

Masid Jamek telah memasang sistem penghawa dingin. Ia dipasang tidak serentak. Proses pemasangan secara beransur-ansur sejak Ramadhan lalu hingga sekarang. Pertambahan penghawa dingin telah memberikan bebanan terhadap papan suis. Sewaktu melangkah masuk ke dalam masjid tadi memang bau hangus atau bau hangit dari kebakaran menyucuk hidup dan cukup menyesakkan nafas .

Masjid ini adalah masji lama yang dibina berasaskan kayu tetapi hari ini seratus peratus adalah konkrik . ia telah pertingkatkan sedikit demi sedikit sejak tahun 70an lagi. Hari ini masjid tersebut dapat menampung kira-kira 4 ribu jemaah dan setiap minggu jemaah melimpah sehingga keluar.