By HermanSamsudeen
Kenyataan Media DPPWP
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta kerajaan supaya tidak menaikkan bayaran Bantuan Makanan Asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari bagi pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.
DPPWP berpendapat, kadar yang sedia ada perlu dikekalkan bagi membantu rakyat Malaysia menikmati kemudahan pendidikan yang selesa. Ini kerana pendidikan adalah perkara penting yang perlu diberikan keutamaan. Ia adalah keperluan asas rakyat di setiap negara. Kerajaan seharusnya memberikan khidmat pendidikan secara percuma kepada setiap rakyat tanpa mengira batasan kaum dan latar belakang kehidupan.
Tidak dinafikan meskipun ada ibu bapa yang berpendapatan lebih daripada RM 5,000 sebulan hidup selesa, namun dengan kadar serta kos sara hidup yang semakin meningkat, ia turut menjejaskan kehidupan mereka. Banyak faktor lain yang perlu diambil kira seperti tanggungan ibu bapa, bebanan lain seperti cukai, serta kos sara hidup yang dialami terutama mereka yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Secara realitinya peluang kemasukan ke asrama bagi pelajar sekolah di Malaysia sangatlah terhad. Pelajar-pelajar terpaksa bersaing sesama mereka bagi mendapatkan tempat yang terbaik. Hanya mereka yang mendapat pencapaian akademik yang terbaik sahaja dipilih untuk mendapat tempat ke sekolah berasrama penuh. Justeru,Pelajar-pelajar yang ada di sekolah-sekolah asrama khususnya asrama penuh di negara ini adalah mereka yang sangat cemerlang dari sudut pencapaian akademik. DPPWP merasakan apalah salahnya kerajaan melaburkan sejumlah wang kepada sektor pendidikan dengan memberi subsidi sehingga RM16 sehari bagi setiap pelajar memandangkan nilai yang bakal diraih kerajaan apabila mereka tamat pengajian kelak. Kerajaan harus melihat bahawa pelajar-pelajar ini adalah aset besar kepada negara.
Lagipun nilai RM 1.4 bilion yang dibelanjakan bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar sangat kecil nilainya berbanding dengan projek-projek mega negara yang belum tentu menguntungkan rakyat. Banyak lagi pembaziran yang dilakukan dalam jabatan kerajaan, projek-projek gajah putih, kos-kos yang tidak munasabah disamping rasuah yang melibatkan nilai berbilion ringgit Malaysia. Justeru, bajet atau peruntukan mengurus di Kementerian Pelajaran perlu ditambah bagi memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada pelajar dan ibu bapa di negara ini. Langkah menaikkan bayaran Bantuan Makanan Asrama adalah langkah tidak bijak dan pelaburan jangka panjang yang tidak menguntungkan kerajaan.
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Tambahan Pandangan TM,
Apa salahnya kerajaan mengenakan cas RM 3.00 sehari. Sememangnya ibubapa yang mempunyai anak di asrama bukan nya miskin. Hujung-hujung minggu datang melawat anak dengan memandu BMW, Camry, Xtrail. Toyota Lepat dan bermacam-macam kereta mewah.
Bawa anak keluar berjalan-jalan dan makan di restoran mahal-mahal , bila bali ke asrama pelajar tu mengepak saja. maklumlah ayah datang dengan kereta besar. bawa balik KFC untuk rakan-rakan asrama.
Yang sedihnya TM lihat di kereta tu ada lambang bulan dan kepala Nik Aziz. Sah bahawa bapanya anak orang Pas. Apalah kerja dia sampai boleh bawa kereta Toyota Lepat tu...Kalau kerja gomen mesti pangkat tinggi. tetapi ada kah pegawai kerajaan pangkat tinggi berani letak lambang bulan dan kepala nik aziz? Oh tidak mungkin! Mesti dia seorang ahli perniagaan yang berjaya yang banyak mendapat tender kerajaan. Apalah salahnya menyumbang sedikit wang untuk makan anaknya dan faham lah untuk makan 5 atau 6 kali sehari bukan lah bernilai RM3.00.
Kepada ibubapa yang berpendapatan kurang dari RM 5000.oo hanya dikenakan RM1.00 saja. dan sudah tentu wang biasiswa boleh digunakan untuk membayar wang makan asrama. Itu belum kira bantuan buku teks yang masih berjalan.
Kepada pelajar di Univerti pula dapat elaun makan RM4.50 sehari. Kira bagus lah . Kepada ibubapa yang kaya raya tak usah lah nak makan freeeee....biarlah wang subsidi itu hanya untuk orang miskin yang anaknya berjaya masuk U. Anak orang kaya TM tengok hebat. Bapa dia belikan kereta Mercedes, walaupun kereta terpakai ia tetap mahal dan berharga.
Sebelum ini timbul isu pelajar asrama tidak akan diberi makan pada cuti hujung minggu dan jika ingin mendapat makan kena bayar 12 ringgit sehari lebih kurang begitu lah. Ini bermakna pelajar kena cas lebih kurang 25 ringgit. Rasanya dah selesai isu ini. Kerajan menyediakan makanan untuk 200 hari setahun. sudah tentu untuk pelajar SPM dan STPM kena ambil kira waktu peperiksaan mereka dan melangkaui 200 hari.
Bebalik kepada anak-anak di asrama ni, ramai juga ustaz-ustaz yang menjadi warden berkempen politik kepada pelajar-pelajar ini waktu ceramah dan usrah. Tak hairanlah ramai pelajar-pelajar ini bila masuk universiti menunjukkan belang mereka sebagai pembangkang. Bila dah berjaya mendapat segulung ijazah maka lagi besar kepala mereka, macam yang ada sekarang ini.
Kepada pemuda Pas KL janganlah dok komplain sangat. Hampa kan sedia maklum bahawa kerajaan BN ialah kerajaan zalim. Baru BN keluar kuku sikit dah mula melompat macam monyet. hehehe...