Isnin, 3 Jun 2013

Amalan Kasta Kaum India Masih Kuat di Malaysia

Pelbagai pihak mahukan kaum India bersatu di bawah satu parti sahaja iaitu Malaysian Indian Congress atau nama singkatannya MIC.

MIC diasaskan oleh seorang bekas tentera India yang beragama Kristian bernama John A. Thivy pada Ogos 1946 yang bertujuan untuk menjaga kebajikan tentera upahan India selepas peperangan British Jepun tamat.

Orang India yang datang ke Tanah Melayu sejak zaman dahulu lagi, seorang guru India menyatakan bahawa perkataan Malaya juga berasal dari perkataan Sanskrit yang bermakna berbukit-bukit. 

Tinggalkan perkara itu dan kita fokus kepada penyatuan kaum India.

Mampukah Datuk Seri G.Palanivel menyatukan kaum India di Malaysia. Kita tahu di bawah Dato' Seri S. Samy Vellu kaum India telah berpecah dua kumpulan iaitu MIC dan Barisan Progresif India (IPF) pada 1989. IPF dipimpin oleh bekas Naib Presiden MIC iaitu Mendiang Tan Sri M.G Pandithan.

Persengketaan dalaman Mic adalah berpunca daripada sistem kasta. Pemimpin Mic yang terdiri daripada kasta atasan tidak mahu parti itu dipimpin oleh golongan kasta rendah atau bawahan. Persengketaan inilah yang membawa kepada wujudnya IPF dan dianggotai oleh kumpulan kasta rendah.

Mic dahulu turut dianggotai oleh kaum India Muslim tetapi akhirnya selepas penubuhan KIMMA atau Kongres Indian Muslim Malaysia pada tahun 1976 ramai ahli Mic yang beragama Islam beralih kepada parti baru.

Tinggalkan KIMMA dan berbalik kepada kasta dalam masyarakat India.




One would be surprised to know that the caste system does not exist in Hinduism. In Hinduism, there is a system known as the "varnashrama", which divides society into four natural groups -- Brahmana, Kshatriya, Vaishya and Shudra -- depending on individual characteristics and disposition.



Di Malaysia amalan kasta masih diamalkan oleh masyarakat India walaupun tidak sehebat di India. Antara amalan yang diamalkan di sini ialah;

  1. Wujud pertubuhan atau persatuan (NGO) yang mengamalkan budaya kasta dan mereka sering dibantu oleh kerajaan melalui wakil rakyat, bellia dan sebagainya.
  2. Wujud diskriminasi terhadap kasta rendah dalam mendapatkan pekerjaan, pangkat dan kedudukan dalam institusi masyarakat.
  3. Wujud halangan perkahwinan oleh keluarga sekiranya mendapat tahu anak ingin berkahwin dengan pasangan dari kasta lain.
  4. Kerana kastalah wujudnya perpecahan dalam Mic sehingga wujudnya IPF yang terdiri daripada golongan India kasta rendah
  5. Kerana kasta juga lah wujudnya Hindraf yang menuduh kerajaan menindas dan menghapuskan kaum India.
  6. dll

Cuma yang peliknya apabila isu novel 'Interlok' dipilih untuk dijadikan novel pilihan pelajar sekolah menengah, seluruh masyarakat India bersatu dan menentang novel tersebut kononnya menghina masyarakat India di Malaysia, tetapi dalam soal kehidupan masyarakat India, amalan kasta masih kuat dalam jiwa mereka.

Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah penduduk India pada 2010 hanyalah 7.3% daripada 28.3 juta dan ia merupakan satu angka yang besar.

Oleh itu amalan kasta perlu dihapus sepenuhnya jika tidak ia akan memberi impak yang besar kepada keharmonian kaum India sendiri.