[Photo]
Sedih melihatkan PEMUDA UMNO ketika ini, lebih-lebih lagi selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di ibu pejabat UMNO di PWTC petang semalam. Apa dah jadi dengan kepimpinan yang telah diangkat untuk menerajui kumpulan PEMUDA UMNO kita. Kini jelas sudah ada percakaran, ingatlah kalian berada disana atas pemilihan perwakilan bukan dibeli di pasar malam.
Merujuk kepada mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia kelmarin, beberapa Exco mempersoalkan prestasi kepimpinan YB Khairy Jamaluddin. Mereka juga turut mempersoalkan objektif dan halatuju PEMUDA UMNO Malaysia yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai LEMBAB dan LEMBIK. Turut mengejutkan ada Exco yang lantang bersuara sehingga mencabar kepimpinan YB Khairy. Rasional pemikiran, adakah wajar untuk kita memperkatakan prestasi seseorang andai kata prestasi diri sendiri tidak membanggakan.
Dari sumber yang 10SBH terima, pada mesyuarat Exco Pemuda UMNO itu, terdapat 5 Exco yang panas membara perasaan mereka. Syafiq, Yeop, Tg. Azman, Khairun dan Zuza. Jika dilihat kepada Syafiq sendiri, apakah sumbangan yang telah dibuat beliau kepada Pergerakan PEMUDA UMNO. Tepuk dada, tanya diri atau ada agenda peribadi yang tidak dapat dipenuhi atau anda dibayar untuk bertindak sedemikian rupa? Sumber juga turut mengatakan bahawa 5 exco yang teruja semalam dilihat sebagai satu KOMPLOT TERANCANG.
Cerita terkini yang 10SBH dengar, 4 Exco akan berlepas ke CUBA pada hari ini untuk menyejukkan diri yang telah kepanasan malam tadi bersama dengan Ab. Raof yang lebih mesra dipanggil SIFU, tetapi sayang, Yeop tidak dapat turut serta (tiada kebenaran isteri agaknya).
[Photo]
Ini seorang lagi, YB Dato' Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ketika mesyuarat kelmarin beliau tidak seperti kebiasaan, lantang memberi pandangan dan teguran. Tetapi hari ini melalui sidang media, YB Naib kita ini lain pula rentak irama yang beliau dendangkan. Melalui media beliau menyeru barisan exco pemuda bersatu dan berganding bahu dalam memperkuatkan Pemuda UMNO Malaysia. Persoalannya, kenapa dihadapan media hari ini dikeluarkan kenyataan tersebut? Tidak sewaktu mesyuarat exco mahupun ketika sidang akhbar bersama YB Khairy? Tentu beliau juga punya agendanya yang tersendiri.
[Photo]
Ini pula cerita tentang seorang teman blogger yang 10SBH kira senior dikalangan bloggers-bloggers di Perak. Suatu ketika dulu, TM, bukan TELEKOM MALAYSIA tetapi TAIPINGMALI dilihat sebagai blogger yang berhemah penulisannya. Semua itu, cerita lama, cerita baru di tahun baru, Bro TM kita telah banyak berubah.
Isu tentang YB Khairy juga turut dimanipulasikan oleh Bro TM kita. Persoalan yang 10SBH ingin ajukan, Apakah hak Bro TM untuk membezakan corak kepimpinan YB Khairy dan DS Dr. Zambry? Sayang Bro TM yang disangkakan celik, rupanya BUTA... Tidak tahu membezakan corak kepimpinan kedua-dua tokoh tersebut. Cukuplah Bro TM, tumpulah pada Negeri Perak sahaja. Usah DILAGAKAN kedua pemimpin ini.
Disini 10SBH ingin mengingatkan kepada Bro TM agar segera menjawab persoalan yang telah dijanjikan sendiri oleh Bro TM kepada 10SBH untuk mendapatkan penjelasan berkenaan isu YB Zahir.
posted by 10 BUDAK HITAM at 2:32 AM on Jan 30, 2010
KENAPA 10 BH MENENTANG YB ZAHIR?
- 10BH adalah pro-Kj yang ditugaskan untuk menyerang YB Zahir.
- Zahir dikatakan telah attack KP Perak dan melobi untuk jawatan tersebut.
- Semasa pemilihan KP 2008 Mukhriz kerap turun ke Perak terutama Taiping.
- Maka Zahir dianggap Pro Mukhriz.
- Orang Kemas Taiping lama tidak bersetuju dengan pegawai kemas baru lantikan YB Zahir dan dengan network yang ada 10BH menjadikan YB Zahir sebagai kambing hitam.
- Ada juga suara menyatakan 10bh adalah blogger Pas yang menggunakan karektor Umno untuk merosakkan Umno dan bloggers Penyokong Perak.
- Dari kajian TM terhadap beberapa blog dan gaya penulisan 10BH bukan dari Pas tetapi dari dalaman.
Sesungguhnya TM tidak menyebelahi mana-mana pihak. Jangan lah menganggap TM anti Kj dan Pro Mukhriz atau Pro Khir Toyo.
TM bebas dan tidak ada sebarang kepentingan. Semua TM sokong. Penulisan TM mengenai Kj tempoh hari telah mencetuskan kemarahan dalam BPN.
TM tahu Pang5 juga marah kepada TM dengan penulisan dan tindakan TM mengubah format blog dan membuang logo BPN, maaf kerana TM mengundur diri dari BPN. Tulisan TM hanya lontaran untuk mencetuskan satu pemikiran dan melihat suara-suara anak muda.
Tahniah kerana anda berani menentang hujah terutama 10BH. Harap selepas ini pemuda berani bersuara terutama menerjah blog-blog pembangkan dan juga di dinding-dinding Facebook.
Hari ini TM hanya melihat Tun Faisal berseorangan dan menentang dan memberi pandangan-pandangan dan hujah beliau dalam FB dan juga blog-blog pembangkang. Sedangkan barisan pemuda cukup ramai.
Tak kan nak bersifat seperti The Saint yang sentiasa gentleman. Lihatlah perjuangan Ketua Pemuda zaman Dato Harun. Tanpa Dato Harun tidak ada masyarakat Melayu di Kuala Lumpur. Kekuatan Melayu di Kuala Lumpur adalah diasaskan oleh Dato Harun.
Walaupun sebagai setinggan dan meneroka tanah-tanah kerajaan, disekitar bandaraya maka Umno dan Melayu berjaya mewarnai corak kehidupan warga di Kuala Lumpur.
Sayangnya anak cucu mereka hari ini telah lupa jasa Dato Harun dan Umno dengan beralih arah menentang Umno yang telah berjasa kepada keluarga mereka selepas peristiwa 13 Mei.