Ahad, 14 Februari 2010

ANWAR IBRAHIM :SEMAKIN TERANCAM DAN HILANG SOKONGAN

Menurut khabaran dari rakan-rakan dalam PKR, Sokongan dan kepercayaan terhadap boss mereka semakin menipis dan semakin rapuh.

Kes liwat kali ini benar-benar membuatkan boss mereka cemas dan tertekan. Penyokong merasakan boss mereka perlu berdepan dengan perbicaraan untuk membersihkan namanya.

Baru 3 hari berada dalam kamar mahkamah, boss telah buat hal, cuba sedaya upaya untuk menangguh kes. Cuba melibatkan Utusan Malaysia yang tidak kena mengena dengan kes liwat diheret sama dalam perbicaraan kerana kononna subjudis.



Boss mereka juga cuba mengajak DS Najib dan Rosmah ke dalam kes perbicaraan. Anwar telah melabelkan Najib sebagai perancang utama dan berkomplot dengan Saiful untuk memusnahkan masad depan politik Anwar.

Boss mereka hanya berani dalam ceramah tetapi takut di dalam mahkamah.  " kita lawan pagi, kita lawan tengah hari. kita lawan petang, kita lawan malam".

Itulah modal boss mereka dalam ceramah bela diri. Jika berani melawan, jika betul anak jantan  kenapa berusaha melewat-lewatkan kes, kenapa mengadu kepada kerajaan Australia. Kenapa mengadu kepada Amerika. kenapa perlu berlindung dikedutaan Turki?

Kenapa tidak percepatkan kes, kenapa tangguh sehingga melebihi 500 hari dari tarikh pertama kes disebut di mahkamah. Melewat-lewatkan kes telah merugikan boss mereka sendiri.

Dalam ceramah mereka hanya hadir sekadar mendengar dan menilai. Kebolehpercayaan terhadapnya sudah berkurang.  Dalam ceramah isinya sama, fitnah-fitnah-fitnah. Kalau fitnah kah, apa kah kenapa tidak bercakap dalam mahkamah. Kenapa perlu di dalam dewan ceramah.

Rakyat yang hadir bukan Hakim. Rakyat yang hadir hanya penyokong boss mereka yang tidak tahu tentang hukum dan undang-undang , datang dari mana-mana dan kita tidak tahu siapa mereka.  Dalam dewan ceramah bukan tempat untuk menentukan boss mereka tidak bersalah.


Berhujahlah di dalam mahkamah. Walaupun boss mereka sah dan terbukti melakukan liwat terhadap Saiful, namum jika peguam boss mereka bijak memutarbelitkan fakta sehingga menimbulkan keraguan, maka Hakim akan membebaskan boss mereka.



Menjatuhkan hukuman bukan satu perkara yang mudah.Jika terdapat sedikit keraguan tertuduh akan dibebaskan. Tak perlulah berceramah ke sana ke sini bagaikan dirasuk setan.