Ahad, 14 Februari 2010

ANWAR IBRAHIM: AUSTRALIA JANGAN CAMPUR URUSAN DALAMAN MALAYSIA

Negara pulau bawah benua sekali lagi cuba campur tangan dalam urusan dalaman negara kita. Satu ketika dahulu Perdana Menterinya John Howard pernah mengkritik kepimpinan Tun Mahathir dan akhirnya beliau memohon maaf dan mengakui kesilapannya.

Barry Wain seorang bekas editor Asian Wall Street Journal juga telah mengambil inisiatif menulis dalam bukunya bertujuan untuk mengkritik kepimpinan Tun Mahathir.

Ia menggambarkan usaha barat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional tidak akan mati dan berhenti. Tun Miahathir dilihat sebagai satu ancaman kuat kepada blok Barat walaupun beliau sudah bersara daripada arena politik.

Australia telah dipergunakan oleh Barat  kerana Australia terletak dalam benua Asia. Singapore tidak boleh menjalankan tugas mereka kerana terlalu dekat dan ekonomi Singapore bergantung kuat kepada Malaysia. Tanpa Malaysia Singapore akan lemah.

Persoalan seterusnya, kenapa Anwar menjadi idola mereka?  Apakah janji Anwar kepada Australia jika dia berjaya menjadi Perdana Menteri atau Presiden Pertama Malaysia.  Adakah Anwar akan membenarkan tentera Australia membuka kem tentera yang terbesar di rantau ini? Atau apa juga agenda yang menguntungkan blok Barat.

Ayoh rakyat Malaysia, Bangun dan tentang campur tangan mereka dalam usaha mereka mencampuri urusan negara. Celaka lah ke atas mereka yang mengadu nasib dan masa depan mereka kepada Australia.



Australia gesa gugur tuduhan liwat Anwar
SYDNEY - Lebih 50 Ahli Parlimen Australia mengemukakan memorandum bantahan rasmi kepada Malaysia menggesa dakwaan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.

Kumpulan itu yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Senator dalam dua parti terbesar di Australia, memberi amaran bahawa dakwaan tersebut akan mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Mereka mendesak kes ke atas Anwar diketepikan dalam usaha memulihkan keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Memorandum bantahan itu diserahkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Buruh dan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Salman L Ahmad di Canberra, kelmarin.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mendakwa kementeriannya akan menjelaskan fakta-fakta mengenai perbicaraan kes liwat Anwar ke:pada Ahli Parlimen Australia.

"Kerajaan sedia maklum bahawa perbicaraan Anwar akan menarik perhatian pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar negara, seperti perbicaraan lain yang melibatkan beliau sebelum ini.

"Reaksi daripada beberapa Ahli Parlimen Australia dalam perkara ini bukanlah satu perkara yang di luar dugaan," katanya.

Beliau berharap pihak berkenaan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang Malaysia yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat tanpa mengira pangkat dan darjat. - SinarHarian