Sesiapa lelaki atau bapa yang bekerja dengan kerajaan dan mengahwinkan anak tanpa kebenaran pejabat agama atau jadi saksi pada perkahwinan yg tidak mendapat kebenaran , akan hilang pencen dan wang saguhati pencen.
Kes ini disebut di sebuah Mahkamah Syariah minggu lepas. Seorang bapa atau lelaki berasal dari Kelantan telah mengahwinkan sendiri anaknya yang berumur 19 tahun dengan suami orang.
Dua saksi pilihan sendiri tanpa kebenaran daridapa pejabat agama. Pernikahan diputuskan sebagai nikah sah tetapi risiko tinggi kepada bapa dan saksi-saksi yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan.
Lelaki tersebut adalah dari golongan penyokong Pas kerana mereka sering mengabaikan hukum, lebih-lebih lagi undang-undang negara.
Perbuatan lelaki tersebut telah membelakangkan peraturan akan menjejaskan pencen hari tua semata-mata kerana menantu tersebut seorang lelaki kaya dan untuk mengelakkan daripada pengetahuan isteri pertama
Secara peribadinya, gadis yang berumur 19 tahun itu akan menghadapi masalah yang besar pada masa depan.
Hakim bertanya kepada budak perempuan itu. "kalau suami kamu di masa hadapan berkawin lagi untuk kali yang ke 3 tanpa pengetahuan kamu, macam mana?"
Jawapan gadis itu ialah " Saya rela. nampak sangat budak perempuan itu tidak matang dan jadi mangsa bapanya.
Dia tidak tahu selepas ini akan ada banyak masalah yang akan menunggu. terutama apabila madu dia tahu akan pernikahan itu.