Ahad, 21 Februari 2010

HADI YANG RABUN

Hadi Awang kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata,

Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu ‘legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhammad s.a.w. sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi s.a.w. tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah.
Di sini jelas menunjukkan Hadi Awang agak rabun dalam hujahnya kerana tidak nampak ada pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan judiciary.  Sedangkan ia jelas telah dilaksanakan.

Bagaimana pula Hadi melihat saranan Mahfut dan LKS yang berusaha untuk mengadakan persidangan khas membincangkan isu liwat Anwar dibawa ke dewan parlimen?  Apa itu pengasingan kuasa atau mencacamerbakan sistem pentadbiran negara?