- Jalan Bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 302 kes
- Jalan Persekutuan (294 kes),
- Jalan Negeri (170 kes),
- Lebuh Raya (71 kes)
- Jalan-jalan lain (48 kes)
- Jumlah kemalangan sebanyak 885 kes dengan 14 kematian
- 11 kes motosikal dan 3 kes kenderaan lain.
Semalam TM ke Alor Setar menggunakan lebuhraya PLUS, keadaan trafik amat baik sepanjang 300+ km pergi dan balik
Tiada sebarang kejadian kemalangan baik di lebih raya atau pun jalan perbandaran. Punca utama ialah Ops Sikap yang sedang berjalan.
Tiada ada yang berani memecut walaupun ada yang memandu BMW M5 dan Skyline.
Semua memandu bersopan kerana tidak mahu diperangkap oleh kemera video yang dipasang sepanjang lebuh raya oleh PDRM.
Senario berbeza pula di jalan bandaran, kerana tidak ada pemantauan dan pemerhatian oleh PDRM. Remaja-remaja yang baru berjinak-jinak dengan kereta baru atau motosikal akan menjadi mangsa kemalangan di jalan ini. Pengaruh alkohol dan dadah juga menjadi punca kemalangan dijalan bandaran.
Tak faham undang-undang juga merupakan masalah lalu lintas di Jalan Bandaran, antara kesalahan yang kerap dilihat ialah;
- Memandu kereta dan motosikal sambil berkomunikasi dengan telefon.
- Meriba anak kecil dipangkuan pemandu
- Merokok dan bersantai sambil mendengar lagu
- Membelok tanpa memberi lampu isyarat
- Terlalu banyak hiasan dalaman kereta seperti zoo, taman bunga atau supermarket sehingga sukar melihat diluar.
- Tidak tahu tanda-tanda jalan.
- dll
Ada yang nak tunjuk bakat sebagai pelumba motogp yang menonggang Kapcai, ada yang nak jadi pelumba JapanGt atau F1.
Tak kurang juga pemandu takut-takut berani yang memandu dengan bantuan suami disebelah. Ada juga pemandu kereta yang memandu sambil bersantai dengan lagu dangdut sambil sebelah tangan (kanan) bersantai diluar tingkap.
CADANGAN UNTUK MENGATASI KEMALANGAN DI JALAN PERBANDARAN,
- Pasang kamera cctv di kawasan lampu isyarat dan petak kuning.
- Letak pondok polis setaip persimpangan seperti di Thailand
- Kerahkan tenaga PVR untuk bertugas sepanjang musim Ops Sikap
- dll
Bernama-16/02/2010
KUALA LUMPUR, 16 Feb. — Hari kesembilan Ops Sikap ke-21 semalam mencatatkan 14 lagi kematian dengan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan mangsa korban teramai apabila menyumbang kepada 11 kes di seluruh negara.
Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata tiga kematian lagi membabitkan pengguna kereta dan ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban sepanjang Ops Sikap kini meningkat kepada 136 orang.
Lima kemalangan maut berlaku di jalan persekutuan, empat di jalan negeri, tiga di jalan bandaran dan satu di lebuh raya, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 302 kes diikuti jalan persekutuan (294 kes), jalan negeri (170 kes), lebuh raya (71 kes) dan jalan-jalan lain (48 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 885 kes.
Katanya dalam operasi semalam, sebanyak 13,014 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
Ops Sikap ke-21 yang bermula Ahad lepas sempena Tahun Baru Cina akan berakhir pada 21 Feb depan. - Bernama