Kerajaan LGE telah membuktikan tahap keadilan pada semua kaum di Pulau Pinang. Buktinya ialah dengan membina lebih banyak gerai-gerai untuk orang Melayu berniaga.
Beliau juga sudah menutup dan menyaman beratus-ratus peniaga Cina yang berniaga kereta sorong di sepanjang Jalan Datuk Keramat dan Jalan Burma. Kita tiada lagi gerai-geraia dan kereta sorong yang menjadi tarikan pelancong.
Orang Cina semua sudah mula mengamuk dan menyerang LGE dan tidak mahu lagi mengundi untuk Dap kerana tidak adil kepada kaum Cina, sebaliknya LGE lebih membela nasib kaum Melayu yang miskin.
Orang Melayu Pulau Pinang semuanya memuji dan menyokong LGE. Tak lama lagi orang Melayu Jelutong khususnya akan membina sebua kuil untuk memperingati dan mengenang jasa LGE yang disifatkan sebagai Khalifah Omar.
Kakitangan kerajaan Negeri juga berterima kasih kerana semua peringkat tanpa mengira gread akan dapat bonus 2009 sebanyak RM250.00 dan hanya akan dibayar pada Tahun Baru Cina.