Khamis, 4 Februari 2010
KERANA TERLALU XXX PEGUAM MINTA BICARA TERTUTUP- MALU ATAU TAKUT?
Kes liwat Anwar: Saiful takut diajak berhubungan seks
03/02/2010 6:40pm
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Mohd. Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau berasa marah dan takut apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya, "can I f**k you today".
Beliau berkata, Anwar menjadi marah apabila pelawaannya itu ditolak dan mengarahkan beliau masuk ke bilik tidur utama dan membersihkan diri.
Selepas keluar dari bilik mandi, Anwar sedang memakai tuala putih dan mengarahkan Saiful supaya datang ke arahnya sebelum memeluk bekas pembantu khasnya itu.
Mohd. Saiful Bukhari menjadi saksi pertama pendakwaan kes liwat Anwar ke atas dirinya. Perbicaraan akan bersambung esok. - Utusan