Rabu, 24 Februari 2010

LELAKI LOMBOK YANG KURANG AJAR

26244_108753499136176_100000045782031_220555_5545088_n
Sudah menjadi budaya masyarakat Lombok yang mengkagumi kehebatan lelaki yang berjaya membawa balik anak-anak gadis luar untuk dijadikan isteri.
Difahamkan terdapat beratus-ratus gadis Malaysia telah dilarikan ke Lombok. Hanya sebilangan kecil sahaja yang berjaya dibawa balik.
Oleh itu satu undang-undang hendaklah dibuat oleh Parlimen Malaysia untuk mengatasi masalah ini.
Bagi lelaki yang membawa Bella ini boleh dituduh atas beberapa tuduhan seperti
  1. Masuk dan keluar secara haram
  2. Membawa lari gadis bawah umur
  3. Berkahwin tanpa izin dari pihak bapa gadis.
  4. dll
Yang sedih ialah Indonesia sudah bersedia dengan akta baru untuk melindungi wanita mereka daripada berkahwin dengan lelaki luar, masa sudah tiba untuk kita menjaga dan melindungi hak anak gadis kita pula. Lelaki Indonesia yang berkahwin dengan gadis kita hedaklah dikenakan bayaran yang sama RM170 ribu.



Gadis ikut kekasih nyaris meringkuk di penjara


Muhammad Khairun Aseh dan Salsabila Yunan di Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang, semalam. - Utusan/ZAKI AMIRUDDIN


SEPANG 23 Feb. - Hanya kerana mengikut kata hati, pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, atau Bella mungkin terpaksa meringkuk dalam penjara di negara jiran.
Bagaimanapun, nasib masih menyebelahinya kerana Bella yang melarikan diri mengikut kekasih ke Lombok, Indonesia berjaya dibebaskan.
Sebelum dibebaskan, Bella yang pernah berlakon dalam drama Gerak Khas, Ke Syurga Cinta dan Renjis ini sebenarnya telah ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana kesalahan memasuki negara itu secara haram.
Jika didakwa dan sabit kesalahan, Bella yang mengaku menjadi suri rumah sepanjang enam bulan di Indonesia boleh dipenjarakan selama enam tahun dan didenda Rp30 juta (RM11,100) atas kesalahan itu.
Bagaimanapun, atas usaha Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dan pihak Imigresen Indonesia, membolehkan remaja ini dibebas dan dibenarkan pulang ke Malaysia.
Bella yang ditemui di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, hari ini berkata, dia gembira kerana dapat berjumpa semula dengan keluarganya tetapi agak sedih sebab suaminya tidak dapat ikut bersama.
Katanya, dia gembira kerana dapat berjumpa semula dengan ayahnya, Yunan Mat Ayat, 77, yang telah membesarkannya selepas kematian ibunya sejak sembilan tahun lalu.
"Tetapi agak sedih sikit, suami saya tidak dapat ikut sekali sebab saya sudah hamil hampir enam bulan. Kalau ada suami, saya lagi senang dan seronok.
"Bagaimanapun, saya minta maaf banyak-banyak kepada ayah kerana meninggalkan keluarga dan menikah tanpa mendapat izin daripada keluarga sendiri," katanya yang berulang kali menyebut tentang suaminya.
Bella dikatakan dilarikan Hafiz Sukma, 26, ke Lombok pada 7 Ogos lalu sebelum dipercayai telah dipaksa bernikah dengannya.
Bapanya membuat laporan polis pada hari sama selepas Bella yang keluar dengan berpakaian sekolah tidak pulang ke rumah.
Bella yang tiba pada pukul 5 petang tidak dapat menahan air mata apabila melihat kelibat ayahnya dan kakaknya, Farida Yunan, 50, dan mereka dilihat saling berpelukan dengan diiringi air mata gembira.
Sementara itu, Yunan tidak menyangka akan berpeluang berjumpa semula dengan anaknya, lebih-lebih lagi apabila beliau sudah tua dan keadaan kesihatan yang tidak menentu.
Beliau berkata, dirinya sering tidak lena tidur kerana memikirkan keadaan anaknya itu, terutamanya setelah mendengar pelbagai berita mengenai kesusahan kehidupan di sana.
"Marah memang marah kerana tindakannya itu tapi saya dah maafkan anak saya dan minta dia jangan ulangi kesilapannya lagi.
"Kejadian yang menimpa Bella itu juga wajar diambil perhatian dan dijadikan pengajaran oleh remaja dan ibu bapa lain, terutama ibu atau bapa tunggal agar lebih mengawasi anak mereka," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh menganggap kes itu sebagai kes eksploitasi memandangkan Bella baru berumur 15 tahun dan masih tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

JAKARTA 23 Feb. - Penggubalan rang undang-undang yang menetapkan denda sebanyak RM20,000 terhadap rakyat asing yang bernikah tanpa berdaftar dengan wanita Indonesia bertujuan melindungi hak wanita dan anak-anak.
Setiausaha Agung Suruhanjaya Nasional Perlindungan Anak, Arist Merdeka Sirait berkata, rancangan rang undang-undang perkahwinan itu bertujuan melindungi wanita dan anak-anak yang sering teraniaya apabila pernikahan secara tidak berdaftar atau dikenali nikah siri di Indonesia berlaku.
"Denda sebanyak Rp500 juta (kira-kira RM20,000) itu bagi menggalakkan perkahwinan secara sah dan didaftar dengan jabatan agama," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kerajaan republik itu menetapkan syarat baru kepada lelaki asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia iaitu mereka dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000) bagi menjaga kebajikan wanitanya.
Wang itu yang perlu dibayar kepada sebuah bank Islam tempatan adalah sebagai jaminan nafkah kepada wanita terbabit sekiranya perkahwinan berkenaan berakhir dengan penceraian.
Syarat itu seperti yang terkandung dalam Draf Rang Undang-Undang Perkahwinan yang sedang dirangka dan ia mendapat sokongan kuat Majlis Ulama Indonesia (MUI).
Rancangan penggubalan undang-undang berkenaan menimbulkan bantahan banyak pihak di Indonesia, kerana mempertikaikan kesahihan pernikahan yang sah dari segi syarak, sedang perzinaan dan seks bebas tidak dikenakan tindakan.
Undang-undang berkenaan kata Arist, tidak mempertikaikan pernikahan siri yang sah dari segi agama Islam, tetapi ia bertujuan melindungi hak wanita dan anak-anak.
Ini adalah kerana, jelas beliau, anak-anak yang lahir daripada pernikahan sedemikian tidak akan dikeluarkan sijil kelahiran yang akan menyebabkan mereka tidak dapat mendaftar untuk mendapat pendidikan di sekolah kerajaan.
"Isteri-isteri yang dinikahi secara tidak berdaftar ini juga tidak berhak mendapat harta pusaka dan inilah yang mahu diperbetul oleh undang-undang tersebut," tegas beliau.
Menurut beliau, mengikut data yang diperoleh suruhanjaya berkenaan, sepanjang tahun lalu sahaja sebanyak 122 kes anak terbiar hasil daripada pernikahan tidak berdaftar.
"Pada tahun lalu juga sebanyak 2.5 juta pernikahan dijalankan dan daripada itu 34.5 peratus atau sekitar 600,000 pasangan bernikah secara siri," katanya.
Kebelakangan ini, kata beliau, jumlah wanita Indonesia yang bernikah dengan warganegara asing termasuk dari Malaysia dan Singapura juga banyak, kerana beberapa faktor kemiskinan dan impian mahu mengubah keturunan.
Pada kebiasaannya, jelas Arist, suami berkenaan akan meninggalkan begitu sahaja anak dan isteri apabila telah tamat bertugas di Indonesia dan terpaksa pulang ke tanah air masing-masing.
Pernikahan secara tidak berdaftar, tambah beliau, berlaku kerana lelaki terbabit mahu berkahwin untuk kali kedua atau lebih, tetapi tidak mendapat kebenaran daripada isteri pertama.
Selain pernikahan siri, kata beliau, terdapat juga pernikahan secara kontrak dilakukan dan pernikahan itu memang tidak sah dari segi agama Islam dan undang-undang di Indonesia.
"Oleh itu jika tidak mahu didenda, nikah sahaja secara sah dan berdaftar di pejabat agama," tegas beliau. - Utusan